Anggota Bomba Yang Diserang Ketika Rusuhan Kuil Dipindah Ke IJN

Trending

Anggota Bomba Yang Diserang Ketika Rusuhan Kuil Dipindah Ke IJN

Insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya awal pagi 26 November lalu merupakan satu tragedi paling besar berlaku di Malaysia tahun ini. Pelbagai spekulasi timbul termasuklah beberapa pihak yang mula mengambil kesempatan dengan mengaitkannya dengan isu perkauman.

Advertisement

Antara berita yang memberikan kesan terhadap seluruh rakyat Malaysia ialah seorang anggota bomba yang tidak bersalah dipukul sehingga cedera parah, lemah tidak berdaya.

Terbaru, anggota berkenaan iaitu Muhd Adib Mohd Kassim dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, malam tadi atas tujuan untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik buat beliau.

Keputusan ini di ambil selepas Muhammad Adib menunjukkan sedikit perkembangan positif dan kelengkapan di SJMC tidak begitu sesuai bagi tujuan perawatannya. Di IJN terdapat sebuah mesin yang boleh memberi rawatan tambahan bagi meningkatkan keupayaan kemasukan oksigen untuk mengaktifkan paru-parunya. Jadi, kita buat keputusan untuk pindahkan Muhammad Adib sekitar pukul 10.30 malam tadi selepas mendapat persetujuan ibu bapanya.

Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil tersebut.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...