Anggota Bomba Hadiahkan Sesi Fotografi Perkahwinan Untuk Tunang Terlantar Di Hospital

Trending

Anggota Bomba Hadiahkan Sesi Fotografi Perkahwinan Untuk Tunang Terlantar Di Hospital

Seorang anggota bomba berusia 26 tahun, Guo Kai, tiba di wad ortopedik Hospital Rakyat Sichuan dengan sepasukan jurugambar profesional pada 26 April untuk memberi kejutan buat tunangnya yang terlantar. Kejutan itu ialah sesi fotografi perkahwinan bersempena ulangtahun kelahiran wanita itu.
proposal-hospital
wedding-hospital7

Dong Hui, 22, didiagnos dengan ketumbuhan sel gergasi pada tulang (GCTOB) pada April, dan kini mengalami masalah untuk berdiri. Walau begitu, jururawat membantunya untuk memakai rambut palsu warna perang dan gaun putih supaya dia boleh bergambar dengan tunangnya. Menurut CCTV News, Dong mengambil lebih dos ubat tahan sakit untuk beraksi dan senyum di hadapan kamera.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membawakan kepada anda Siri…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 27 April 2015

proposal-hospital2

proposal-hospital4

Guo memberitahu Dong mengadu sakit belakang sejak musim panas lepas, tetapi doktor tidak menemui apa-apa yang tidak kena dengannya, Pada malam 16 Mac, ulangtahun pertama perhubungan pasangan itu, Dong tidak lagi dapat menahan sakit dan Guo menghantarnya ke hospital Sichuan. Dong berada di wad sejak didiagnosis dengan GCTOB tahap empat.
proposal-hospital5

Ibu Dong memberitahu pemberita:

Kes dimana penyakit ini sembuh sepenuhnya memang jarang berlaku, tetapi sebagai ibu saya akan terus mencuba. Tak adil rasanya, kerana anak perempuan saya masih sangat muda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...