Anggap Pendakwah Diam Diri Kes Amang Seksual, Baby Shima Perli PU Dan Ustazah ‘Online’

Hiburan

Anggap Pendakwah Diam Diri Kes Amang Seksual, Baby Shima Perli PU Dan Ustazah ‘Online’

Baru-baru ini umum sedia tahu kes amang seksual berkaitan seorang pendakwah selebriti terkenal sedang hangat diperkatakan.

Perkara itu mendapat perhatian penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima yang memuat naik Insta Stories seakan-akan memerli tindakan Pencetus Ummah dan ustazah ‘online‘ yang dianggap berdiam diri berkaitan isu tersebut.

Advertisement

Apa hukum amang seksual? PU dan ustazah online tak nak ulas ke?

 

Dalam pada itu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli turut bersuara mengenai isu seorang penyanyi lelaki terkenal yang berkahwin dengan seorang gadis kerana dikatakan sudah terlanjur.

Kes ni ustaz dan ustazah online tak nak ulas ke? Ohhh lupa tak ada nama dan gambar…#tegurpilih2″

Sekadar info, pendakwah selebriti terkenal, PU Azman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Terdahulu, Baby Shima juga pernah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendakwah bebas yang berdiam diri berkaitan penganjuran konsert di negeri Kelantan.

2 years ago

"Menegur Disamakan Seperti Menyalak" - Didakwa Mendiamkan Diri Isu Konsert Di Kelantan, PU Syed Bidas Baby Shima

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...