Adat hidup bergelar selebriti terkenal, segala tingkah laku pastinya menjadi perhatian dan bualan netizen di luar sana yang memerhati.
Pasangan romantis Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar terus menerus menjadi tumpuan peminat apabila segala aktiviti bersama dimuat naik di saluran Youtube mereka berdua iaitu #EmirAmirah.
Tidak kiralah aktiviti seperti melancong bersama, membuat kek, Mira swafoto bersama suami, segalanya menjadi bahan untuk dijadikan cerita di media sosial.
Meskipun begitu, pelakon filem Sangkar ini berkata dia dan suami tidak pernah ambil pusing dengan kritikan netizen dan hanya memandangnya dari sudut positif.
View this post on Instagram
“Ini di luar kawalan saya, buatlah apa saja pun orang akan berkata-kata, tapi saya ambil secara positif. Mujurlah saya jenis tak kisah sangat, tak emosi dan tak stress. Saya rileks saja, orang nak akta, katalah. Saya tak tersinggu pun sebab dah faham dunia sosial media dan digital.”
Menurut Mira lagi, suaminya juga menganggap komen yang dilemparkan netizen sebagai suatu lelucon dan telah menganggap ianya sebagai sebahagian daripada hidupnya kini.
“Suami pun cool saja, tak stress dan lagi neutral berbanding saya”, ujarnya ringkas.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Perkembangan terkini, Mira Filzah kini muncul dalam drama terbaru berjudul The Maid dan memegang watak sebagai Elisa. Drama bersiri arahan Helmi Yusof dan penerbit Michael Aang turut dibintangi pelakon hebat seperti Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Eina Azman, Ieda Moin, Ezzaty Abdullah serta ramai lagi.