Anggap Ini ‘Survival Skills’ Untuk Golongan Marhaen, Lelaki Kongsi Hidup Dengan Cara ‘Hobo’ – “Kutip Makanan Sisa Buangan, Mandi Di Gas Station”

Kehidupan

Anggap Ini ‘Survival Skills’ Untuk Golongan Marhaen, Lelaki Kongsi Hidup Dengan Cara ‘Hobo’ – “Kutip Makanan Sisa Buangan, Mandi Di Gas Station”

Baru-baru ini, perkongsian seorang netizen mengenai gaya hidup ekstrem ‘hobo‘ di laman media sosial telah menarik perhatian orang ramai, di mana individu berkenaan berkongsikan kehidupannya tanpa tempat tinggal tetap tetapi masih boleh bertahan serta ‘hidup bermaruah’.

Makan sisa makanan yang dibuang, mandi di tandas awam

Difahamkan daripada perkongsian tersebut, individu berkenaan mengutip lebihan makanan daripada ‘foodcourt’ ataupun sisa makanan yang sudah dibuang tetapi masih bersih.

Advertisement

hidup ekstrem hobo

 

Dalam pada itu, cara dirinya membersihkan diri adalah dengan pergi ke hospital, stesen minyak atau mana-mana tempat awam yang mempunyai kemudahan tandas tanpa perlu dibayar.

Untuk tempat tidur pula, dia akan tinggal di dalam kereta yang dijadikan sebagai ‘rumah bergerak’ atau mencari tempat teduh di kawasan bangunan yang terbiar.

hidup ekstrem hobo

Gaya hidup ‘hobo’ berbeza dengan gelandangan

Susulan memerlukan tenaga dengan meminum air yang bersih serta membantu menahan lapar, individu berkenaan akan meminum air kosong daripada restoran mamak atau mesin air.

hidup ekstrem hobo

Perkongsiaan yang dikongsikan oleh individu berkenaan sememangnya meraih perhatian ramai, di mana rata-ratanya berasa terkejut situasi seperti ini berlaku di Malaysia kerana sering lihat ia hanya berlaku di negara luar saja.

Malah, ada juga netizen yang merisaukan keselamatan serta tahap kesihatan individu yang melakukan gaya hidup ekstrem ‘hobo’ ini.

hidup ekstrem hobo

Sekadar info, ‘hobo’ bermaksud seseorang yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan menggembara dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari pekerjaan atau sekadar untuk teruskan hidup.

Ia berbeza dengan gelandangan, di mana ‘hobo’ lebih berdikari serta kreatif demi meneruskan hidup seperti biasa.

wanita bento
1 day ago

Terus Bangkit, Suri Rumah Bento Kongsi Perjalanan Hidup Setelah Bercerai Kerana Kehadiran Orang Ke-3 - "Saya Dah 6 Bulan Menangis"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...