Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Anggap Iman Troye Macam Adik, Naim Daniel Tak Mahu Bercinta,-“Saya Nak Fokus Kerjaya Dulu..”

Naim Daniel Dan Iman Troye

Sering saja dikaitkan dengan beberapa artis wanita jika ada projek hiburan bersama, Naim Daniel kini dikatakan bercinta pula dengan penyanyi baru, Iman Troye.

Jika sebelum ini Naim pernah dikatakan menjalin hubungan mesra dengan Shasha Abedul dan juga rapper Bungaisme, penyanyi lagu Sembah itu tampil menafikan sebarang ikatan percintaan yang mengaitkannya dengan penyanyi lagu Teman itu.

Hanya berkawan baik, Naim menjelaskan bahawa dia hanya menganggap Iman sebagai seorang adik dan tidak lebih daripada itu.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Saya dah anggap Iman macam adik sendiri lagipun dia masih muda lagi. Kami memang dah lama kenal sejak dia cover lagu Sumpah beberapa tahun lalu dan dari situ kami mula following satu sama lain di Instagram.”

Tambah pelakon drama Pia ini juga, dia berasa agak bingung apabila namanya sering dikaitkan dengan artis-artis yang pernah rapat dan terlibat dalam sesuatu kerjasama seni sedangkan mereka langsung tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Dalam pada itu, Naim berkata bahawa dia tidak mahu lagi bercinta pada waktu ini dan turut menjelaskan bahawa tahun 2021 adalah tahun untuk dirinya lebih fokus dalam kerjayanya.

Advertisement

Sambil berseloroh, Naim memberitahu bahawa ciri-ciri wanita idamannya mestilah seorang yang tulin dan bukan ‘jadian’. Menyerahkan soal jodoh kepada Allah S.W.T, dan menganggap jika sudah sampai seru, dia sama sekali tidak menolaknya.

Terdahulu, Naim Daniel dan Iman Troye didakwa sedang mengenali antara satu sama lain setelah penyanyi lagu Purnama itu memuat naik gambarnya bersama Iman di laman Instagram miliknya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top