Pelakon Syafie Naswip menerusi sebuah hantaran Instagram ada menyampaikan sedikit pesanan kepada para peminatnya di luar sana.
Kata Syafiq, dia berharap peminat tidak memanggil dirinya dengan gelaran ‘retis’ kerana menganggap perkataan tersebut seolah-olah satu penghinaan terhadap kariernya sebagai seorang pelakon.
View this post on Instagram
Jelas pelakon drama Budak Tebing ini lagi, dia tidak berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak namun hanya berharap perkara tersebut sampai ke pengetahuan peminatnya.
Hi semua. Minta maaf kalau status saya ini mneyentak hati beberapa pihak. Saya cuma ingin tegaskan kalau boleh, jika ingin bergambar, menyapa saya atau membalas komen saya dalam Instagram, elakkan menggunakan perkataan ‘retis’. Gelaran itu sedikit sebanya seperti menghina pekerjaan saya.
Tambahnya, cukup hanya menggelarkan dirinya dengan gelaran pelakon atau pemeran sahaja dan bukannya ‘retis’.
View this post on Instagram
Akui Syafie lagi, hatinya cukup terguris apabila mendengar gelaran tersebut namun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan sekadar tersenyum.
“Harap anda semua memahami..” luah Syafie dalam hantaran Instagramnya itu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.