Melalui laporan sebuah portal media popular, anak kepada selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim memberitahu dia sudah pun membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasrat untuk bergelar sebagai pelakon.
Hilang minat nak ceburi bidang pelakon
Katanya sewaktu ditemubual, minat terhadap dunia seni sudah berkurangan dan kini lebih kepada bidang kesihatan, khususnya ke arah kecergasan serta kecantikan fizikal.
Yang dulu saya pernah cakap ingin menceburi bidang lakonan, saya tarik balik kenyataan tersebut. Saya macam hilang minat sikit.
View this post on Instagram
Dunia hiburan terlalu toksik
Dalam pada itu, dia turut mendakwa dunia hiburan terlalu toksik dan keputusan untuk meneruskan dalam bidang seni adalah pilihan diri sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Saya fikir menceburi industri seni ini seronok belaka, tetapi rupanya toksik. Saya solat istikharah, tepuk dada tanya selera dan akhirnya ambil keputusan untuk tidak melangkah ke dunia seni. Keluarga saya okay sahaja, malah mereka lebih suka dengan keputusan saya.
Sekadar info, sebelum ini Danish ada memaklumkan bahawa dirinya mahu mengikuti jejak langkah ibu bapanya yang merupakan seorang selebriti.