Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Anggap Diri Sekadar ‘Budak Kampung’, Haqiem Rusli Syukuri Kejayaan Yang Dikecapinya Kini

Haqiem Rusli

Penyanyi dan juga komposer lagu yang semakin meningkat naik, Haqiem Rusli mengakui dirinya tidak pernah membayangkan akan berada di puncak populariti seperti kini kerana menganggap dirinya hanyalah seorang ‘budak kampung’.

Menurut Haqiem, segala yang terjadi dalam kehidupannya berlaku dengan sangat pantas dan sangat bersyukur dengan perkara tersebut.

Advertisement

Mendakwa kehidupannya kini berubah 360 darjah, penyanyi lagu Adlina Marie ini turut bercerita kenangannya sebelum bergelar artis suatu ketika dahulu.

“Saya tak pernah jangka. Saya pun tak jangka semua ini berlaku dalam hidup saya. Suatu masa dahulu saya hanya budak kampung tiba-tiba segalanya berubah 360 darjah. Jujur saya katakan, dulu kalau saya nak lepak RM5 pun saya takda. Dalam 2017, semuanya berubah.”

Dia dalam pada itu turut menganggap bahawa kontroversi panasnya yang pernah dihadapinya dulu sebagai salah satu titik tolak kepada kejayaannya ketika ini, Haqiem berkata semuanya terjadi diatas perancangan Yang Maha Esa.

Menganggap perkara tersebut sebagai salah satu asbab untuk dia lebih mengerti tentang kehidupan dan menjadi lebih matang dalam menghadapi dugaan, Haqiem sempat meluahkan perasaan hairan apabila melihatkan sikap beberapa artis yang suka melihat kejatuhan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Namun menafikan bahawa dia ingin ‘tunjuk baik’ semata-mata, Haqiem menganggap  bahawa sebagai rakan artis mereka hendaklah menyokong sesama sendiri jika melihat sahabat yang lain sedang diuji dan jatuh.

“Saya pun tak faham kenapa budaya sekarang ini, kalau seseorang artis tu buat hal, artis yang lain pun nak kecam. Kenapa nak kena ada prinsip hati busuk tu. Sebagai rakan artis kita kena sokong sesama sendiri. Kalau rakan kita buat salah, nasihatkanlah dia. Tak perlulah sampai nak tweet. Saya rasa itu tak perlu. Budaya itu tak bagus.” – Haqiem Rusli

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top