Anggap Barang Sampai Hari Yang Sama, Penjual Kesal Pelanggan Terus ‘Rate’ 2 Bintang

Kehidupan

Anggap Barang Sampai Hari Yang Sama, Penjual Kesal Pelanggan Terus ‘Rate’ 2 Bintang

Memandangkan kita digalakkan untuk sentiasa duduk di rumah sepanjang pandemik ini, ramai yang sudah mengubah cara pembelian normal kepada atas talian. Pastinya lebih mudah dan tak perlu bersesak kan?

Pun begitu, dalam kesibukan penjual untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan cepat, masih ada pembeli yang tidak sabar dan bertindak secara melulu.

Advertisement

Keadaan menjadi lebih panas apabila pelanggan yang membeli di aplikasi Shopee itu menganggap barangan yang ditempahnya akan sampai pada hari yang sama.

Nak dijadikan cerita, pembeli telah menekan klik ‘terima pesanan’ sebelum barangannya sampai. Dia kemudiannya meninggalkan komen dan bertindak memberi dua bintang dek ketidak puasan hatinya.

Berang dengan kenyataan tersebut, jawapan balas padu daripada penjual berkenaan turut memecah suasana.

Mana tidaknya, penjual siap membandingkan pembelian di Shopee dengan servis Foodpanda dan Lalamove. Memang cepat lah kalau antara dua tu kan.

Seperti yang korang tahu, pembeli hanya dibenarkan klik pada butang Order Received sekiranya sudah menerima barangan yang ditempah diikuti dengan pemberian rating.

Pemberian rating merujuk kepada barangan yang ditempah dan bukanlah merujuk kepada pihak kurier.

Di ruangan komen, rata-ratanya turut menceritakan pengalaman mereka sepanjang menjadi seller. Pelbagai risiko yang terpaksa dihadapi mereka dek kelakuan sesetengah pembeli yang sering kali ambil mudah.

rating shopee

Apapun, jadilah pembeli yang berhemah dan bersikap ambil tahu ya. Elak dari menjejaskan reputasi para penjual, terutama bagi hal-hal yang sebegini. Stay safe!

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...