Pelakon Angeline Tan bersyukur suaminya, Sabri Yunus sering membantunya membuat kerja rumah dan dia merasakan perbuatan itu sangat ‘sweet’.
Menerusi temu bual bersama radio tempatan, Angeline bercerita tentang contoh situasi ketika mereka makan berdua dan dia menyuruh suami tinggalkan sahaja pinggan.
Abang tetap sangat sweet lah. Abang mula tolong Angeline di rumah.
View this post on Instagram
Ramai gembira melihat pasangan ini dan mendengar tentang kisah mereka sejak pernikahan mereka tular baru-baru ini malah rata-ratanya mengimbau kembali zaman sitkom lakonan Angeline dan Sabri Yunus, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Gara-gara pernikahan mereka berlaku secara tiba-tiba, ramai terkejut dan sudah tentu mahu mengetahui tentang kisah-kisah yang mereka kongsikan.