Tular di TikTok baru-baru ini mengenai pelakon Angeline Tan,57, yang didakwa sedang hamil 1 bulan kini.
Berikutan itu, suami Angeline, aktor Sabri Yunus tampil memberi respon mengenai berita itu dan memaklumkan berasa geli hati apabila melihatnya.
Hari paling kelakar sepanjang enam bulan yang lalu. Viral cerita fitnah paling kelakar. Kepada orang yang memulakan isu ini tidak rasa bersalah atau tak rasa berdosa pun?
Dan juga kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidak kah dia rasa bersalah. Bukan apa, puas nak menjawab pada kawan-kawan yang bertanya mahu pengesahan. Ada kawan kata, tidak apa berita baik. Haha saya kata tak baik, itu fitnah.
Manakala bagi Angeline, dia menafikan dakwaan tersebut dan tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab ,engeluarkan berita bgitu.
Tidak betul, berita itu palsu. Saya tidak tahu siapa punya kerja yang keluarkan berita begini. Pandai sahaja dia reka cerita palsu.
Sekadar info, Angeline Tan dan Sabri Yunus yang terkenal dengan drama komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu telah selamat mendirikan rumah tangga pada 13 Oktober lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.