November 30th, 2015

Beberapa bulan lepas, pernikahan kedua penyanyi popular Andy Flop Poppy bersama isteri keduanya Aaliah Abdullah pernah  menjadi isu yang cukup hangat dan dikatakan tidak mendapat restu daripada isteri pertama Andy iaitu  Nurul Shafizan Othman dan ia dilakukan secara senyap-senyap oleh Andy.

Malah, Shafizan hanya mengetahui beliau sudah dimadukan selepas Andy memuat naik foto isteri keduanya di akaun Instagram miliknya.

Walaubagaimanapun, Andy dalam kenyataan terbaru beliau menerusi Harian Metro berkata beliau sama sekali tidak pernah merahsiakan perkahwinan kedua beliau.

Saya melakukan (pernikahan kedua) mengikut syarak. Saya buat benda betul dan baik jadi tidak ada perkara yang perlu saya rahsiakan.

Tidak semua wanita rela dimadukan dan ada beberapa pihak yang mendakwa hubungan antara Shafizan bersama Andy serta Aaliah agak dingin.

Sejak berita Andy berkahwin buat kali kedua tersebar, ada juga dakwaan yang mengatakan Andy mengabaikan serta mendera isteri pertama beliau. Namun, sehingga kini masih belum ada bukti kuat mengenai isu tersebut.

Andy & Shafizan

Namun, buat Andy perkara itu hanya gosip semata-mata dan memberitahu hubungan mereka bertiga sangat baik.

Saya percaya umum sendiri sudah nampak saya pernah keluar bersama kedua-dua isteri saya. Itu menunjukkan bahawa hubungan kami baik dan tiada masalah.

Begitupun saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenainya kerana bimbang orang akan membuat andaian negatif mengenainya. Itu akan memburukkan lagi situasi. Itu yang saya cuba elakkan.

Bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami yang mempunyai lebih daripada satu isteri. Anda harus betul-betul adil dalam setiap perkara dan jangan pula mengabaikan mana-mana pihak.

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...