Anding Tak Serik Mahu Berlakon, Walaupun Jari Kiri Hampir Putus Ketika Penggambaran

Hiburan

Anding Tak Serik Mahu Berlakon, Walaupun Jari Kiri Hampir Putus Ketika Penggambaran

Penyanyi dan pelakon, Anding Indrawani baru-baru ini mendedahkan cabaran yang dilaluinya sepanjang melakonkan watak pahlawan Iban bernama Anang menerusi filem Headhunter.

Bob Yusof
2 years ago

Bob Yusof Titip Doa Buat Ibu Untuk Ubat Kerinduan, Hasrat Ziarah Pusara Ibu Tidak Kesampaian

Advertisement

Anding yang dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) baru-baru ini memaklumkan bahawa banyak yang dilaluinya termasuk hampir putus jari kiri ketika penggambaran.

Baru hari pertama saya masuk ke set, saya hampir hilang jari kiri. Saya menerima 12 jahitan akibat kecederaan tersebut.

Menurut Anding, kecederaan tersebut dialaminya ketika hari pertama dia memasuki set penggambaran filem tersebut dan ia semua gara-gara parang yang dibawa oleh watak Anang.

Anding turut memberitahu yang parang dibawa Anang dalam filem tersebut bernama Ilang dan memiliki kuasa sakti selain menjadi senjata utama Anang.

Dalam pada itu, Anding memaklumkan yang dia tetap meneruskan penggambaran walaupun doktor telah melarangnya menyambung penggambaran kerana jarinya yang cedera itu.

Bekas bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) tersebut sempat menyatakan yang bertutur dalam bahasa Iban juga merupakan antara cabaran yang dihadapinya demi menjayakan watak Anang itu.

Anding

Dialek Iban bukan bahasa ibunda saya kerana saya berketurunan Bidayuh dan Melanau.

Namun begitu, Anding menegaskan yang dia sahut cabaran tersebut kerana merasakan seseorang anak seni itu perlu menyahut apa jua rintangan dan cabaran yang datang di hadapannya.

Tambah Anding lagi, semua itu merupakan pengalaman yang paling berharga buatnya dan dia sangat bersyukur akhirnya dapat menggenggam trofi selepas 17 tahun berada dalam industri seni.

Sekadar info, Anding kini terlibat dengan pementasan teater Puteri Santubong yang dipersembahkan di Sarawak di sisi aktres ternama, Maya Karin yang memegang watak utama sebagai Puteri Santubong.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...