Baru-baru ini, penyanyi Andi Bernadee telah mencuri perhatian di Instagram dengan satu hantaran yang memaparkan dirinya seolah-olah menawarkan perkhidmatan kejut sahur sepanjang bulan Ramadan.
Andi, atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, mendedahkan bahawa dia menerima ratusan mesej daripada peminat yang teruja dengan tawarannya dan mahu dikejutkan olehnya ketika waktu sahur.
View this post on Instagram
Asalnya saya buat hantaran di Thread dan dapat sambutan ramai. Sebab itu saya buat hantaran sama di media sosial lain pula.
Tak sangka pula dapat beratus mesej yang mahukan perkhidmatan tu.
Mereka yang mengenali saya pasti tahu ia sekadar gurauan sahaja.
Andi turut menjelaskan walaupun hantaran itu sekadar gurauan, terdapat segelintir peminat yang tetap berkeras mahu mendapatkan perkhidmatan tersebut malah berulang kali menghantar mesej kepadanya.
Walau bagaimanapun, Andi tidak berasa marah sebaliknya mengakui bahawa dia sendiri menjadi punca kekecohan itu.
Ramai juga anggap ia serius sampai bagi nombor telefon, hantar kod QR dan paksa saya buat perkhidmatan ni.
Saya diamkan sahaja sebab saya sendiri yang mengundang. Jadi kenalah sedia dengan semua maklum balas.
Dalam pada itu, Andi menafikan dakwaan bahawa tindakannya itu bertujuan untuk mencari perhatian selepas lama menyepi di media sosial.
Menurut Andi, apa yang dilakukannya itu hanyalah sekadar cara untuk menyapa dan bergurau dengan peminat di media sosial.
Dah lama tak buat konten jadi saya nak cuba sebab dalam setahun dua ni saya tak aktif di media sosial.
Jadi bila kembali aktif ni dapat lihat mereka yang mengikuti saya dan pengikut baharu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai hantaran Andi yang menawarkan perkhidmatan kejut sahur dengan pakej serendah RM2 hingga RM50.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.