Menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 pada hari ahad yang lalu, penyanyi Andi Bernadee mendedahkan bahawa dia telah menerima hadiah misteri berupa 30 buah kotak kecil yang terkandung surat serta ucapan untuk dibuka setiap hari selama sebulan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Andi menganggap pengirim sebagai seorang yang kreatif dan mempunyai perwatakan menarik kerana sanggup menyediakan hadiah sedemikian rupa
Turut menyifatkan peminat itu sebagai seorang yang rajin, Andi telah berkongsi mengenai perkara terbabit menerusi Instagram Story miliknya.
“Sejujurnya saya terkejut, kerana bagi saya, orang yang bagi hadiah ini sangat rajin dan berperwatakan menarik. Masa saya terima kotak hadiah ni, pengirim bagi arahan untuk buka pada 1 November, tetapi hari jadi saya 30 November, saya pelik tapi saya anggap dia salah tarikh, mungkin dia nak suruh saya buka 1 Disember. Dalam kotak itu ada 30 lagi kotak lagi yang mempunyai kejutan dan dia menyuruh saya membuka sekotak sehari. Memandangkan dia salah tarikh dan arahan, saya rasa tak apa kalau buka semua terus,”
Manakala ketika diminta mengulas mengenai kritikan netizen mengenai video miliknya yang dibaling tepung ketika sambutan hari jadi baru-baru ini, Andi berkata dia mengambil serius pesanan netizen dan menganggapnya sebagai satu iktibar serta pengajaran di kemudian hari.
View this post on Instagram
Turut mengakui perbuatan itu sebagai suatu pembaziran, Andi mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan dan kejutan hari jadi sempena ulang tahun ke-29.
Perkembangan terkini, Andi kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari meskipun keputusan ujian calitan kali pertama adalah negatif. Dia kini juga sedang sibuk menjalani penggambaran drama Melastik ke Hatimu dan bakal menerbitkan album pertamanya pada tahun hadapan.
Sumber : mStar Online