Susulan berasa simpati atas insiden yang berlaku terhadap seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipukul secara beramai-ramai di sebuah pasar tani yang terletak di Terengganu, baru-baru ini, pihak Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd telah menghadiahkan pakej umrah kepada mangsa.
Pakcik OKU, isteri dan anak ditaja pakej umrah
Difahamkan, pakej umrah tersebut diberikan secara percuma kepada mangsa, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, isterinya serta anak lelaki yang berumur 19 tahun.
Pengarah Andalusia Travel & Tours iaitu Ibrahim Mat Sin menghadiakan pakej tersebut melalui panggilan video kepada isteri mangsa, Faridah Abdul Karim, 44.
Rasa simpati terhadap mangsa
Ibrahim telah meluahkan rasa simpati atas insiden yang berlaku terhadap Ahmad Nor Al Faizan dan kerana itu, dia menghadiahkan pakej umrah ini bagi mengubat hati.
Sekadar info, tular satu video di platform media sosial beberapa hari lalu memaparkan seorang pakcik OKU dipukul secara beramai-ramai tanpa belas kasihan hanya kerana melakukan kesalahan kecil.