“Andainya Duit Itu Tak Dipulangkan Pada Bank..” , Lelaki Jujur Pulang Semula Duit Terlebih, Buat Staff Bank Ini Terharu

Trending

“Andainya Duit Itu Tak Dipulangkan Pada Bank..” , Lelaki Jujur Pulang Semula Duit Terlebih, Buat Staff Bank Ini Terharu

payung-cimb-headerBukan semua manusia kat dunia ni jujur. Lebih-lebih lagi jika wang yang kita dapat tu terlebih. Mungkin ada yang gelap mata dan mendiamkan diri sahaja tanpa memulangkan semula.

Langkah lelaki ini memulangkan kembali lebihan duit akibat kecuaian bank mendapat pujian dan respon positif dari netizen. Alangkah indahnya jika semua orang memiliki sifat jujur dan amanah seperti yang dimiliki lelaki ini kan. Terbaik!

Advertisement

Tukar cash cheque bernilai RM2,000

Cerita semalam.

Cerita tentang Payung CIMB.

Sekitar pukul 2pm aku tukar cash chaque kat CIMB Kota Kemuning nilai RM2000, bila dah dapat cash terus masuk poket tanpa aku kira berapa aku dapat.

Lepas 3 jam lebih kurang macam tu aku dapat panggilan dari CIMB untuk bertanya aku dapat duit not RM50 ke RM100, jadi aku jawablah dengan betul yang aku dapat duit not RM50 dan pegawai bank yang call aku tu pun terima jawapan aku dan dengan nada yang mendesak sambil bertanya semula “Betul ye not RM50” dan aku jawablah dengan jujur “ya betul not RM50” dan dia pun menghabiskan perbualan.

Rasa tebal lain macam, lepas kira rupanya ada RM4,000

Aku macam tak sedap hati lalu keluarkan duit dari poket yang aku terima dari bank tadi dan kira, sebelum kira aku terasa macam duit tu lebih sebab terasa tebal lain macam. Bila aku kira betul ada RM4000 dan aku terus ke bank CIMB untuk pulangkan baki RM2000 tu.

Sesampainya dibank sekitar pukul 5 aku minta kebenaran pak guard masuk untuk pulangkan baki duit yang terlebih tu, aku terus ke kaunter dan beritahu nak pulangkan duit yg staf bank bagi lebih RM2000 tadi, tiba-tiba semua staf bank bangun ucap Alhamdulillah sambil sapu tangan dimuka tanda bersyukur sebab aku pulangkan duit yang terlebih bagi tadi dan semuanya ucapkan Terima Kasih pada aku.

Alhamdulilah Allah buka hati aku supaya tak gelap mata

Staf bank yang tersilap bagi duit lebih pada aku tadi sampai 4 kali salam aku ucap terima kasih dan tarik aku dari dalam kaunter nak peluk aku sambil cakap biasanya kes mcm ni hanya 1% jer yang pulangkan balik. Jangan salah faham ye staf bank tu lelaki laa.. hehehe

Lepas tu aku dihadiahkan payung CIMB kat gambar tu. hehehe

Lepas aku keluar dari bank baru aku terfikir, kalaulah aku tak pulangkan duit tu entah apa staf bank tu nak jawab dgn Branch Manager dia dan tentu gaji atau bonus dia kena potong RM2000.

Alhamdulillah Allah buka hati aku supaya tak gelap mata dengan duit yg tak seberapa tu, dan sudah membantu insan lain walaupun aku tak mengenalinya.

Begitulah cerita aku tentang Payung CIMB.

sumber: Khairul Muhidin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...