Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Andai Tidak Terkucil..” Komposer Kongsi Video Rehearsal AJL35, Suara Nabila Diakui Memang Lunak, Ramai Yang Puji

nabila razali

Andai kata bukan rezeki, sekurangnya dia mencuba. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan buat penyanyi Nabila Razali apabila insiden ‘terkucil’ ketika membuat persembahan di malam Anugerah Juara Lagu ke-35 menjadi bahan kritikan hebat oleh netizen.

View this post on Instagram

A post shared by MFMF. | Pop Music Factory (@wearemfmf)

Advertisement

Masih hangat diperkatakan meskipun sudah dua hari AJL35 melabuhkan tirai, komposer lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila pada malam itu tampil berkongsikan video sesi latihan menjelang hari kemuncak menerusi Instagram mereka, untuk tatapan peminat.

Dalam video tersebut, Nabila kelihatan santai dan selesa menyanyikan lagu siulan peminat masa kini tanpa mengalami masalah vokal dan sebagainya seperti apa yang telah terjadi pada malam final AJL35 yang lalu.

MFMF yang terdiri daripada tiga orang komposer iaitu Brendan, Justin dan Zen dalam pada itu turut menzahirkan perasaan bangga dengan hasil usaha yang diberikan Nabila menerusi karya indah tersebut.

Advertisement

“Kami sangat bangga dengan anda, Nabila. Kami sentiasa kagum dengan semangat yang telah anda tunjukkan dalam berhadapan dengan pelbagai rintangan yang datang. Walaupun ramai yang mengecam namun anda memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentuh perasaan. Tiada sesiapa boleh menafikan perkara itu.”

Terdahulu, Peluang Kedua merupakan ciptaan bersama MFMF bersama komposer terkenal, Hael Husaini.

Meninjau ruangan komen, ramai netizen tampil memuji kualiti vokal penyanyi itu ketika sesi raptai berlangsung dan berpendapat bahawa Nabila mungkin berasa sangat gemuruh pada malam final tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by ??? (@nabila.razali)

Mengimbas kembali, Nabila merupakan antara 12 finalis yang berentap bersama-sama dalam merebut gelaran Anugerah Juara Lagu ke-35. Pemilihan juara telah dinilai oleh 10 juri profesional yang telah diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. Anonymous

    March 19, 2021 at 5:02 pm

    Kalau jumpa sampah, kita buat apa? Kutip masukkan dalam tong sampah. Ini tak, masukkan dalam muzium. Pujian tu untuk simpati ja. Memang persembahan dia sangat teruk sebab salah dia tu salah major, bukan salah kecik. Dengan persembahan yang dia buat, walaupun sebesar zarah, dia sangat2 dan sememang2nya diharamkan untuk mendapat pujian langsung. Dalam persekolahan, budak yang kurang cerdik kena dorong jadi elok, bukannya puji sahaja semata2, memang kekal status kurang cerdik.

    Berani aku kata, tak lama nanti, artis ni akan jadi inspirasi, bukan atas kebolehan, tapi atas simpati. Kali tu, habis, cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.

  2. tecit

    March 19, 2021 at 9:37 am

    hmm. xtau nk katelah. rase mcm nk bg org lain nyanyikan utk die. sape ek. zizi kirana kot.

  3. Mekti

    March 17, 2021 at 5:32 pm

    Tak sedap odo,pls la stop jadi penyanyi. Nanti depressed salahkan netizens lol padahal mmg suara tak sedap

  4. bangnabb

    March 17, 2021 at 5:21 pm

    ni kalau masuk indonesian idol ni kena goreng kaw2 dulu dengan juri yang power2 macam judika, anang rossa semua tu .. sayangnya juri ajl tahap on paper je.. praktikal diorang dalam bilik mandi or studio private sendiri je.. tu pasal jadi camni.. terpaksa damage control cakap kualiti sampah tu satu yang acceptable untuk audiens bodoh generasi baru

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama