Andai kata bukan rezeki, sekurangnya dia mencuba. Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan buat penyanyi Nabila Razali apabila insiden ‘terkucil’ ketika membuat persembahan di malam Anugerah Juara Lagu ke-35 menjadi bahan kritikan hebat oleh netizen.
View this post on Instagram
Masih hangat diperkatakan meskipun sudah dua hari AJL35 melabuhkan tirai, komposer lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila pada malam itu tampil berkongsikan video sesi latihan menjelang hari kemuncak menerusi Instagram mereka, untuk tatapan peminat.
Dalam video tersebut, Nabila kelihatan santai dan selesa menyanyikan lagu siulan peminat masa kini tanpa mengalami masalah vokal dan sebagainya seperti apa yang telah terjadi pada malam final AJL35 yang lalu.
MFMF yang terdiri daripada tiga orang komposer iaitu Brendan, Justin dan Zen dalam pada itu turut menzahirkan perasaan bangga dengan hasil usaha yang diberikan Nabila menerusi karya indah tersebut.
View this post on Instagram
“Kami sangat bangga dengan anda, Nabila. Kami sentiasa kagum dengan semangat yang telah anda tunjukkan dalam berhadapan dengan pelbagai rintangan yang datang. Walaupun ramai yang mengecam namun anda memberikan satu persembahan yang sangat cantik dan menyentuh perasaan. Tiada sesiapa boleh menafikan perkara itu.”
Terdahulu, Peluang Kedua merupakan ciptaan bersama MFMF bersama komposer terkenal, Hael Husaini.
Meninjau ruangan komen, ramai netizen tampil memuji kualiti vokal penyanyi itu ketika sesi raptai berlangsung dan berpendapat bahawa Nabila mungkin berasa sangat gemuruh pada malam final tersebut.
View this post on Instagram
Mengimbas kembali, Nabila merupakan antara 12 finalis yang berentap bersama-sama dalam merebut gelaran Anugerah Juara Lagu ke-35. Pemilihan juara telah dinilai oleh 10 juri profesional yang telah diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail.