Setelah nama tersenarai dalam gerakan Blockout 2024, pelakon Eyka Farhana telah memuat naik satu kenyataan berkaitan ajaran Islam yang mengajar umatnya untuk merahsiakan perbuatan seperti bersedekah.
Orang lain tak perlu tahu
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan di Instagram story, aktres ini berpendapat perbuatan baik itu tidak perlu ditayangkan kepada umum dan cukup diri sendiri dan Allah SWT sahaja yang tahu niat baik itu.
Hantaran tersebut dipercayai berkait dengan kecaman daripada netizen yang mendakwa dirinya ada bekerjasama dengan jenama atau produk yang dikaitkan dengan Israel.
Dalam Islam, andai tangan kanan bersedekah, tangan kiri pun tak perlu tahu.
View this post on Instagram
Respon netizen
Sementara itu, ruangan komen di Instagram Ekya turut dibanjiri dengan kecaman oleh netizen yang kecewa dengan tindakan pelakon ini yang dianggap tidak sensitif. Dirinya juga dikatakan tidak lantang bersuara tentang penindasan saudara Palestin di media sosialnya.
Kita jumpa dekat akhirat, saya akan jadi saksi kepada rakyat Palestin yang awak menyokong Zionis dan tak bercakap mengenai mereka.
Tiba baru nak share pasal Palestin lima jam lepas..
Setakat ini, Ekya masih belum memuat naik kenyataan penuh menjawab kepada kecaman dan gerakan Blockout 2024 itu di media sosialnya.
Sekadar info, gerakan Blockout 2024 merupakan satu gerakan bagi menunjukkan bantahan terhadap selebriti dan pempengaruh yang mempromosikan jenama yang menyokong Zionis serta mengunci mulut tentang isu peperangan tersebut.