Andai Pelajar Kolej Tahu 5 Tips Ini, Duit Korang Pasti Susah Nak Hangus. Gerenti!

Trending

Andai Pelajar Kolej Tahu 5 Tips Ini, Duit Korang Pasti Susah Nak Hangus. Gerenti!

16661156619_26d8e4a5c7_college
Banyak kenangan best masa belajar kat universiti dulu. Kat sini kita akan mula bergaul dengan macam-macam jenis manusia.

Dan paling utama, mula belajar nak hidup berdikari. Bila dah bebas daripada jagaan orang tua, tak bermakna korang ada lesen nak berbelanja macam orang gila. Lagi-lagi yang belajar dengan pinjaman PTPTN.

Advertisement

Dan kehidupan kat kolej pun, boleh tahan banyak pakai duit. Kalau dah tahu duit tak berapa nak banyak, tak payah nak berbelanja boros sangat, kan?

Sebelum korang menelaah buku teks tu, apa kata baca perkongsian Paula Pant ini dulu. Moga ia boleh membantu korang uruskan belanja secara lebih berhemat masa kat kolej nanti.

#1: Bajet, bajet, bajet.

Kalau korang plan bajet dengan baik. kehidupan kat kolej pasti terjamin. Tak boleh salahkan korang nak bersuka-ria, tapi biar berpada-pada lah (dan tak usah cuba-cuba nak skip kuliah).

Tak ramai yang suka nak track balik segala perbelanjaan setiap kali gunakan duit, betul? Paling kurang, pastikan kita faham bab duit keluar masuk setiap bulan dengan baik.

Katakan, duit elaun campur duit kerja sambilan korang adalah RM1,000 setiap bulan. Dan setiap bulan, korang dah sedia nak bank-in duit kat tuan rumah sebanyak RM350 (lepas dah bahagi sewa dengan kawan-kawan).

Itu tak campur lagi dengan:

  • bayaran utiliti = RM50,
  • barang dapur (student kuat makan) = RM100,
  • duit minyak motor = RM40,
  • duit belanja makan kat restoran (kadang-kadang) = RM50,
  • duit nak pergi berjimba = RM100.

Ambil tahu berapa bajet yang kita letakkan setiap bulan kat perkara macam ni.

Maknanya, tak payah kita simpan resit minyak dengan total RM69.01 (Tok cukup fail nak genapkan nombor ni masa isi minyak) secara teliti. Cukup kita tahu berapa bajet yang kita setkan setiap bulan dah memadai.

Baki pula, boleh simpan kat dalam bank dan kumpul biar banyak. Kalau ikut figuresebelum ni, kita ada lebihan sebanyak RM310. Simpan sekitar 10% – 15% (atau lebih) daripada nilai ini dan selagi tak sampai tahap terpaksa, elakkan guna duit ini ya.

#2: Belajar sistem kewangan yang mudah nak guna.

Nak ikutkan, banyak maklumat ini yang boleh kita baca gunakan bantuan pakcik Google. Dan dalam banyak-banyak, tapi korang disarankan pelajar gunakan sistem sampul surat.

Dengan sistem ini, kita boleh setkan bajet perbelanjaan kita untuk setiap hari, minggu, atau bulan (bergantung kat keselesaan korang). Ia cuma perlukan sampul surat danmarker pen saja (pakai pen biasa pun boleh).

Katakan, kita dah tetapkan bajet untuk minyak kenderaan sebanyak RM100 sebulan, dan bajet barangan dapur sebanyak RM90. Ambil jumlah duit ini dan simpan dalam 2 sampul, yang masing-masing bertulis “barangan dapur” dan “minyak kereta” (simpan jumlah yang betul kat sampul yang betul ya).

Lepas tu, mula gunakan duit ini untuk bayar perbelanjaan untuk 2 perkara ini. Kita boleh gunakan duit ini sampai habis, tapi sekadar itu saja. Kalau habis, bermakna kita tak boleh berbelanja untuk sesuatu perkara, sehingga dapat elaun atau gaji baru.

Sistem ini bantu elakkan terlebih berbelanja dan hindarkan kita daripada berhutang tak tentu pasal. Bila kita tahu berapa banyak duit yang tinggal, ini akan buatkan kita lebih berhati-hati bila nak berbelanja.

#3: Elak gunakan kad kredit sehabis boleh.

Boleh kata, kad kredit adalah devil in disguise untuk seorang pelajar universiti. Tok ada seorang kawan yang ada kad kredit (tajaan PAMA – Papa dan Mama) masa belajar dulu. Kemain riang ria dia swipe kad itu sana-sini.

Kalau kaya, itu rezeki depa. Tapi bagi yang tak mampu, tak payah berangan nak applysebiji. Selagi boleh, elakkan perkara ini berlaku tau. Dah lah lepas graduasi nanti dahconfirm ada hutang PTPTN. Lagi gatal tangan nak tambah hutang lain?

Dan tak berbaloi bayar gunakan kad plastik ini berbanding tunai. Kadar faedah yang kita kena bayar tu, elok lagi kita gunakan buat belajar atau perkara lain, Lagi best kan?

Ini adalah perangkap kehidupan pemuda kotaraya kini. Kalau tak ada kad kredit, tak bergaya. Tak stylo, tak boleh nak berlagak kaya. Tapi last sekali, diri sendiri yang terseksa nak bayar balik.

Kalau betul-betul terpaksa pakai kad kredit, cari dulu yang ada tawaran yang baik beserta kadar faedah yang terendah dalam pasaran.

#4: Mula belajar hidup secara ringkas.

Bila cakap macam ni, Tok terus terbayang zaman telan Maggi Kari tengah malam dengan kawan-kawan (nak study dan tak ada duit punya pasal).

Tapi, kita akan pandang kisah silam ini sebagai satu kejayaan selepas ini. Sebab kita mula mengubah nasib kewangan kita dari awal. Tak usah terikut-ikut kawan yang berbelanja macam anak raja tu. Nasib kewangan kita adalah 100% tanggungjawab kita sendiri.

Dan siapa cakap kita tak banyak belajar walaupun hidup tak mewah masa kat kolej? Tok rasa, banyak lagi kita boleh belajar dengan situasi ini berbanding bermewah-mewah. Takut bila susah nanti, tak reti nak buat apa-apa.

Bukan tak boleh nak bersuka-ria. Kadang-kala, tak salah untuk kita buat. Hadiahkan diri dengan buat sesi futsal dengan kawan-kawan (bersukan), daripada berjimba merata-rata selepas penat menelaah.

Dan ia tak gunakan banyak duit pun. Siap bagi korang sihat walafiat lagi (Tok doakan).

Kita pasti akan berterima kasih kat diri kita “yang lama” kalau mulakan tabiat kewangan ini sekarang. Tok berani bagi gerenti kat korang.

#5: Gunakan kelebihan seorang pelajar sebaik mungkin.

Apa lagi kelebihan terbaik yang seorang pelajar boleh gunakan? Dah tentu pelbagai diskaun dan tawaran khas untuk pelajar universiti.

Zaman Tok belajar dulu, tak pernah bayar mahal kalau teringin nak tengok wayang. Nakscaling gigi pun, Tok pergi kat fakulti perubatan UiTM Shah Alam tu je. Memang banyak duit Tok boleh jimat.

Tambah pula, banyak pelajar yang dapat elaun buku (Baucar Buku 1Malaysia, atau BB1M) dan macam-macam lagi elaun lain. Ini adalah kelebihan seorang pelajar yang tak hensem kalau kita bazirkan.

Daripada buku, ke laptop yang jadi barang ruji seorang pelajar universiti, terkesan dek kelebihan ni. Sebelum korang bayar harga runcit masa nak beli laptop baru, tanya dulu kalau-kalau ada tawaran khas untuk pelajar atau tak.

Dan ingat ya. Sentiasa bawa kad pelajar ke mana saja korang pergi. Hehe.

Tak logik nak cakap kehidupan kolej akan jadi lebih murah pada masa depan. Yang terbaik kita boleh buat, adalah sediakan diri dengan ilmu kewangan yang baik untuk elakkan sebarang masalah berlaku.

Dengan ilmu yang betul, ia pasti akan menjamin keselamatan duit kita kat kolej. Belajar hidup susah dulu, baru bersenang-senang kemudian.

Kadang-kala, kita kena belajar hargai sesuatu perkara yang mungkin tak ada tanda harga (price tag). Sebab perkara terbaik dalam dunia sentiasa percuma.

Kredit : gilahartanah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...