April 18th, 2014

Entah mengapa semenjak dua ini golongan selebriti tempatan gembar mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan menyentuh sensitiviti agama. Selepas Raja Azmi dengan kenyataan tudungnya, kali ini Erma Fatima tampil menyentuh bab berkemban apabila gambar yang dikongsi di laman Instagramya dikecam ramai.

erma kemban

Gambar yang dikongsikan oleh Erma Fatima ialah salah satu babak dalam drama “Takhta 3 Ratu” yang ada watak para gadis berkemban. Dikritik ramai, Erma tampil melahirkan rasa redhanya sekiranya kerana babak sebegitu, dirinya masuk ke neraka. Tulis Erma:-

Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya.

TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian!

Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk…silakan…ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku.

TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi…jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti.

NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri

erma kemban

Hmmmm.. Sukar nak bagi ulasan bab sebegini. Mungkin para produser dan pengarah negara kita perlu melihat perkembangan filem di negara Timur Tengah yang telah memenangi banyak anugerah walaupun tidak merakamkan sebarang aksi yang menyalahi syariat. Namun begitu, kata orang, tiada permintaan tiadalah penghasilan. Pasti Erma ada sebabnya sendiri untuk berbuat sedemikian. Hanya dirinya sahaja yang tahu.

P.S: JPJ kenal sistem pendaftaran tanpa sempadan


Comments are closed.

Loading...