Di tengah kemelut saman yang sedang melibatkan dirinya, pelakon Rita Rudaini masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi. Namun, satu luahan terbaharu yang dimuat naik di Instagram kembali mencuri perhatian warganet.
Dalam hantaran tersebut, Rita menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kepentingan peribadi, sebaliknya apa yang diperjuangkannya selama ini hanyalah demi kebajikan anak-anak dan ibu bapa.
Pelakon itu turut mengakui dia menerima dengan hati terbuka jika ada pihak yang tidak senang dengan pendiriannya.
Andai kejujuran ini membuat anda kurang senang, saya terima kerana saya tidak tahu menjadi selain diri saya sendiri.
Luahan itu sekali lagi mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, namun kebanyakannya tampil memberikan sokongan moral kepada Rita, selain memuji keberaniannya bersuara mempertahankan apa yang dianggap sebagai haknya.
Setakat ini, Rita masih belum mengulas lanjut mengenai saman yang difailkan terhadapnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
