“Andai Kata Mak Tengok Video Ni..” – Pelajar UPM Dibesarkan Nenek Sejak Kecil Terlalu Rindu, Merayu Ibu Untuk Pulang

Kehidupan

“Andai Kata Mak Tengok Video Ni..” – Pelajar UPM Dibesarkan Nenek Sejak Kecil Terlalu Rindu, Merayu Ibu Untuk Pulang

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai kisah seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) yang meluahkan kerinduan terhadap ibunya ketika dalam satu program anjuran pusat pengajian itu.

Dalam video tersebut, pensyarah UPM yang dikenali sebagai Dr. Apitt memaklumkan pelajar bernama Haikal itu dibesarkan oleh neneknya sejak kecil.

Advertisement

Haikal ketika diberi peluang untuk bercakap dilihat meluahkan rasa rindu terhadap ibunya dan berharap agar pemilik syurganya itu pulang dan bertemu dengannya.

Andai kata mak tengok video saya, mak, Haikal sangat-sangat rindu mak..pulanglah.

Saya dijaga nenek dari kecil. Ayah dah meninggal, tapi mak ada. Tak pernah jumpa dari kecil.

Malah, rakan-rakan yang turut bersama dalam program tersebut turut bersedih dan tidak dapat menahan sebak.

Mereka juga memberi tepukan kepada Haikal sebagai tanda sokongan dan semangat buat pemuda itu untuk terus tabah dan cekal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kedai aksesori kereta
3 months ago

Kedai Aksesori Kereta Beri Diskaun 50% Jika Pelanggan Nama 'Fattah' Atau 'Emma', Netizen Terhibur - "Menunggang Isu Macam Ni Takpe"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...