“Andai Kata Anda Kehilangan Saya..” – Badan Makin Susut, Chef Turki Suka Senyum Sambil Masak Hidap Tumor Otak?

Dunia

“Andai Kata Anda Kehilangan Saya..” – Badan Makin Susut, Chef Turki Suka Senyum Sambil Masak Hidap Tumor Otak?

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan seorang chef terkenal dari Turki yang gemar tersenyum lebar memandang kamera sambil memasak hidangan bersaiz besar iaitu CZN Burak.

CZN Burak atau nama sebenarnya Burak Ozdemir yang berusia 27 tahun ini tular di serata dunia sejak beberapa tahun lalu kerana keunikan video yang dimuat naiknya di rata-rata media sosial.

Advertisement

Namun, baru-baru ini Burak telah memuat naik video memaparkan dia yang sedang terbaring di atas katil di sebuah pusat perubatan dan dikhabarkan menghidapi tumor otak.

Andai kata anda kehilangan saya satu hari nanti, ingatlah saya melalui video-video yang ada..

Lebih menyayat hati, berat badan Burak turut semakin susut dan dilihat semakin kurus. Wajahnya juga kelihatan tidak bermaya seperti di dalam video-video miliknya sebelum ini.

@cznburak

?????????

? follow me – paidaly.zat

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan kesejahteraan tukang masak itu dan berharap agar dia segera sembuh daripada penyakit yang dihidapnya.

Jangan cakap macam tu, in shaa Allah awak akan sembuh, dengan nama Allah. – Netizen.

“Video awak sentiasa membuatkan saya tersenyum, saya berharap hanya yang terbaik untuk awak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

maskara
2 years ago

(VIDEO) "Seriklah Tengok" - Selalu Malas Bersihkan Maskara, Gadis Kongsi Pengalaman Ngeri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...