“Andai Jodoh Tiba, Saya Akan Terima” – Tidak Didekati Mana-Mana Lelaki, Nabila Razali Akui Sunyi Tanpa Teman Hidup

Hiburan

“Andai Jodoh Tiba, Saya Akan Terima” – Tidak Didekati Mana-Mana Lelaki, Nabila Razali Akui Sunyi Tanpa Teman Hidup

Penyanyi Nabila Razali, mengakui bahawa dirinya berasa sunyi apabila melihat rakan artis lain yang sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Memetik laporan Berita Harian, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Bella mendedahkan tidak didekati mana-mana lelaki dan tiada jejaka istimewa dalam dirinya buat masa ini.

Advertisement

Memang tiada lelaki istimewa dalam hidup saya, buat masa ini. Jujurnya, saya terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja.”

Bercerita lebih lanjut tentang jodoh, Bella menyatakan dia tidak pernah memikirkan tentang perihal tersebut kerana mahu mengejar impian namun tidak menolak sekiranya perkara itu hadir secara tiba-tiba.

Mungkin cinta saya terhadap kerja lebih utama, jadi tidak sempat fikir soal jodoh. Banyak lagi impian belum tercapai, jadi saya mahu kejar impian sebelum memikirkan soal berumah tangga…

…Tetapi, seandainya jodoh sudah tiba, saya akan terima dan akan tetap mengejar impian yang masih belum tercapai.”

Dalam pada itu, pelantun lagu Aku Terluka itu tidak menafikan perkahwinan adalah sesuatu perkara yang baik serta tidak akan menyembunyikan berita gembira berkenaaan sekiranya suatu hari nanti dia bertemu jodoh.

Saya mahu berterus-terang sahaja kerana perkahwinan adalah perkara baik. Bagi saya, benda baik harus dikongsikan kerana tidak sama dengan undangan acara makan-makan.”

Terdahulu, Nabila pernah didakwa telah menjalinkan hubungan dengan pelakon Aedy Ashraf kerana dilihat mesra bersama, namun perkara itu hanyalah sekadar gimik untuk salah satu video muziknya.

Nabila Razali Aedy Ashraf
1 year ago

"Perempuan Gatal" - Berpegangan Tangan Dengan Aedy Ashraf Pula, Nabila Razali Dikecam Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...