Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira bersama jejaka yang dikenali sebagai Mr. E semakin terbuka berkongsi hubungan mereka kepada umum.
Menerusi hantaran di Instagram Story, ia memaparkan mereka dilihat meluangkan masa bersama beberapa orang rakan lagi di sebuah kawasan rekreasi, baru-baru ini.
Erra dan Mr. E kelihatan begitu bahagia duduk di atas kerusi sambil berborak dikelilingi kehijauan pokok.
Pada 9 Februari yang lalu, jejaka itu ada memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahiran Erra.
Jejaka itu turut mendoakan agar pelakon itu sentiasa hidup bahagia.
Andai bumi terbelah, aku tetap cinta padamu. Selamat ulang tahun buat kamu yang mempersonakan.
Semoga tahun ini menjadikan dirimu seorang insan yang lebih baik dan diberi kebahagiaan hingga akhir hayat.
Sebelum ini, pelakon itu mengakui sedang mengenal hati budi Mr. E dan meminta agar semua pihak memberi ruang kepada mereka.