August 12th, 2014

Kemesraan Izreen Azminda dan Amar Baharin sememangnya menjadi bualan ramai. Ada yang suka dan tak kurang ada yang kurang menggemari kemesraan yang ditunjukkan. Iyerlah, Izreen baru sahaja bercerai, tempoh edah pun belum tamat lagi. Sudah pasti agak kurang manis untuk Izreen tampil rapat dengan lelaki lain sementara masih lagi di dalam tempoh edah. Tak gitu?

izreen dan amar baharin

Ada yang mendakwa Izreen dan Amar sememangnya bercinta namun sengaja merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan orang ramai. Berkata kepada Kosmo, Izreen menjelaskan yang Amar sekadar teman baik yang menjadi pendengar kisah suka dukanya. Kata Izreen:-

Alhamdulillah, setakat ini hubungan saya dengan dia (Amar) semakin rapat. Bagaimanapun, setakat ini saya masih belum terfikir untuk melangkah ke peringkat sete- rusnya memandangkan dengan keadaan saya baru sahaja bercerai dan saya ingin membetulkan diri saya dahulu. Setakat ini biarlah saya tumpukan sepenuh perhatian saya kepada kerjaya dan anak saya, Muhammad Adrian Umar yang kini menginjak usia setahun.

Dia (Amar) merupakan seorang yang sangat penyayang dan mengambil berat. Dia juga mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin keluarga yang baik. Di samping itu, saya suka caranya mengaturkan sesuatu perkara. Dia sentiasa mempunyai strategi dalam setiap apa yang dilakukan olehnya.

Saya tidak pernah menolak jodoh dengan sesiapa pun, malah andai dia jodoh saya kelak saya terima dengan seadanya. Sebenarnya, saya bukan tergesa-gesa untuk mempunyai jodoh baharu. Bagaimanapun, pada masa kini, saya inginkan seseorang lelaki yang mampu menjadi teman baik saya dan berkongsi masalah ketika suka dan duka.

amar dan izreen
Kalau benar sudah tertulis memang jodoh Amar dan Izreen, siapalah kita untuk menghalangnya kan? Abang Nara pun suka tengok mereka berdua. Nampak ‘sweet’ sangat-sangat. Muka pun lebih kurang sama. Kita doakanlah yang terbaik untuk mereka berdua. Yang penting kalau nak kahwin nanti, jangan sorok-sorok. Umumkan kepada para peminat untuk mengelakkan gosip yang tidak elok. Tak gitu?


Comments are closed.

Loading...