Anda Wajib Tonton Adnan Sempit 2, Sumpah Kelakar Gila

Hiburan

Anda Wajib Tonton Adnan Sempit 2, Sumpah Kelakar Gila

Mulai hari ini, filem yang dinanti ramai iaitu Adnan Sempit 2 sudah pun mula ditayangkan di pawagam. Abang Nara baru-baru ini berkesempatan untuk menonton filem lakonan pelakon hebat, Shaheizy Sam ini. Mula-mula Abang Nara risau jugak filem ini tak sekelakar yang sebelum ini. Ternyataan kerisauan Abang Nara tidak bertempat.

filem adnan sempit 2

Advertisement

Shaheizy Sam macam biasa memang kelakar di dalam filem ini. Namun kehadiran Along, Angah dan Syuk Raja Lawak memang membuatkan anda akan tergelak sepanjang masa. Abang Nara paling kelakar dengan babak Shaheizy Sam cuba bercakap bahasa omputih. Memang 1st class lawak tersebut. Tengok trailer pun dah tahu yang ini memang filem komedi yang sangat awesome.

Kalau cerita banyak sangat nanti takut Abang Nara akan terbagi spoiler pulak. Abang Nara hanya mampu katakan yang anda WAJIB TONTON filem ini walaupun anda tak pernah tengok filem Adnan Sempit. Nak lagi best sila tengok time otak tengah stress. Confirm stress akan hilang terus.

Ingat lagi tak peraduan yang diadakan di facebook Mejar David Teo (http://www.facebook.com/davidteo99) dan MIG Online (http://www.facebook.com/MiG.On9)? Ada dua jenis peraduan berbeza sedang berlangsung di facebook page tu….kini hadiah utama yang ditunggu tunggu dan tiba!

Advertisement

adnan sempit

Pemenang utama akan memenangi sebuah motor Modenas Passion 125! Jadi ada dua pemenang utama nanti kerana kami ada 2 motor! Cepat join sekarang kalau belum join! Tarikh tutup penyertaan 1 Mac 2012. So tunggu apa lagi? Tengok filem Adnan Sempit 2 hari ini jugak dan jangan lupa join contest menarik ini.

P.S: Abang Nara bagi filem ini 4.5/5 bintang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

115 Comments

  1. MemBesar

    March 1, 2012 at 3:27 pm

    Klu korg hrp kebestan yg mlmpau, Xde lh best sgt ceta ni. Plot memg x best klu korg harapkan pcrtaan yg sempurna. Tp setakat nk gelak2 buang masa, Filem ni memg sesuai. Suami teman dtg tgok, nk dgn xnk je. tp kat dlm die yg gelak lebih2. dh lh kitorg b2 tgh batuk.tmbah batuk sebab gelak xhenti. korg dtg dgn hrpan tgi memg x patutlh,. Ceta ni ringan2 jer., Klu tgok sensorg korg memg x gelak punya, tp kt dlm wyg lain part, lain org yg gelak, terasa best nk join gelak skali,.
    Apapun aku rasa memg xrugi tgok wyg ni. N aku x pnah rasa klakar tgok cta Mak Limah. Sedih coz cinta Awie ngan Umi x ksmpaian adalah… Umi nmpk suci je dlm tu.
    Adnan 2 x part yg boring cmpare ngan 1st tu.
    Bagi aku lh.

  2. langkahlurus

    March 1, 2012 at 10:35 am

    aku dah tengok filem ni masa preview aritue… mmg ramai yg dtg.. fullhouse… gelak sakan satu panggung… walaupun aku jarang tgk filem melayu, tapi filem ni not a bad sekuel la… lagi gempak dr yg first… ada beberapa scene yg buat aku blur jap tp lepas dah gelak2, semua pun lupa.. release tension skit coz dpt gelak2…

  3. perghhhh

    February 29, 2012 at 8:04 pm

    betul duit masing-masing…nak komen komen jer la tak payah nak “hentak” pihak lain yang tak sependapat . nak puji ke nak keji ker last last duit sendiri yang keluar

  4. Emelyn Aziz

    February 29, 2012 at 6:05 pm

    Kiter dah tengok dah Adnan Sempit 2 ni…klakar gilerrrrrr…..asal ramai sangat yg kata x best….? Bagi kiter…citer ni dah ok. Citer ni ada pengajaran dia la! Adnan berusaha jadi org korporat even dia tau dia x layak actually. Kenapa ramai nak pertikaikan tentang lawak dalam film ni? Minah rempit tu gempak wooooo! Dia menunjukkan pada org yg dia x terkongkong wpun dia pakai tudung. Kesimpulannya, pilihan di tangan sendiri. Kalau rs nak g tgk citer pelik yg membuatkan kepala otak berbelit2 dlm panggung….p la! Duit masing2 tapi bagi kiter Adnan Sempit memang besttttttttttt. I bagi 5 bintang!

  5. perghhhh

    February 29, 2012 at 9:36 am

    ok ah Ameer …jilat sampai berkilat….kasik lawan betul betul ok sampai biar semua org sependapat dengan ko cerita tu amat bagus…org yang tak dapt terima pendapat org tu real loser….ko agak macam mane??
    lagi satu tak payah lah nak mengamuk sakan ….cakap je bagi ko cerita tu bagus
    ini macam sakai baru dapat komputer
    ini siap labelkan pihak lain macam-macam…..
    aku tengok yang tak suka tak der pun buat serangan peribadi sangatpun
    aku raselah dalam real life kat luar pun ko ni bukan jenis manusia yang boleh terima kritikan dan terima pendapat pihak lain

Loading...