Anda Tidak Perlu Ada Kelayakan, Motosikal Menjadi Milik Anda Selepas Setahun.

COVID-19

Anda Tidak Perlu Ada Kelayakan, Motosikal Menjadi Milik Anda Selepas Setahun.

Pasti ramai diluar sana yang masih mencari peluang pekerjaan akibat wabak COVID-19 yang dianggarkan sebanyak 3.5% hingga 5.5% di Malaysia pada tahun ini.

Dengan perubahan gaya hidup dan norma baru, permintaan penghantaran atau home delivery semakin meningkat.

Advertisement

Ternyata jumlah rider ataupun runner yang bertungkus-lumus setiap hari untuk memastikan penghantaran selamat sampai ke rumah anda semakin ketara.

Melalui perkongsian sebuah pengguna Facebook, AEON kini menawarkan peluang pekerjaan sebagai “RIDER”.

Tetapi apa yang lebih menarik mengenai tawaran ini adalah anda tidak memerlukan sebarang kelayakan.

Menurut posting tersebut, anda hanya perlu mendaftar melalui pautan yang diberikan. Pautan ini akan membawa anda ke group WhatsApp.

Kami telahpun cuba untuk mengakses group Whatsapp itu tetapi malangnya ia sudah penuh.

Pasti ramai yang “beratur” untuk memohon jawatan ataupun mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan.

 

 

Tambahan pula, motosikal akan disediakan. Melalui gambar yang dikongsikan itu, motosikal yang anda gunakan akan menjadi milik anda setelah anda memenuhi kontrak pekerjaan selama setahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...