Anda Seorang Wanita? Tonton Filem Captain Marvel Secara Percuma Di TGV 8 Mac Ini

Trending

Anda Seorang Wanita? Tonton Filem Captain Marvel Secara Percuma Di TGV 8 Mac Ini

Bermula esok (Rabu 6 Mac), filem superhero Captain Marvel yang dinanti-nanti bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Dibintangi oleh Brie Larson, kehebatan Captain Marvel sebagai seorang superhero adalah metafora kepada kehebatan kaum Hawa seluruh dunia. Bersempena dengan pelancarannya dan juga Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac (Jumaat), TGV Malaysia bakal memberikan tiket percuma khas untuk para wanita Malaysia.

tgv captain marvel

Advertisement

Tayangan ekslusif pada 8 Mac untuk para wanita ini akan bermula tepat jam 8 malam di kesemua TGV seluruh Malaysia. Namun anda boleh menebus tiket PERCUMA ini bermula jam 10 pagi pada hari yang sama. Siapa cepat dia dapat. Syarat paling utama untuk menebus tiket ini ialah anda adalah seorang WANITA. Anda juga perlu hadir ke kaunter dan hanya 1 tiket seorang sahaja boleh ditebus.

tgv captain marvel

tgv captain marvel

Jadi sekiranya anda seorang wanita, pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan untuk menonton filem Captain Marvel secara percuma. Maklumat lanjut layari Facebook TGV Cinemas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...