Anda Seorang Wanita? 5 Perkara Ini Pasti Sering Membuatkan Anda Stress

Hiburan

Anda Seorang Wanita? 5 Perkara Ini Pasti Sering Membuatkan Anda Stress

Menjadi seorang wanita bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika anda seorang isteri dan juga ibu kepada 3 orang anak seperti wife Abang Nara. Banyak benda nak kena setelkan. Tanggungjawab selaku seorang isteri dan ibu itu memang besar. Secara jujur memang Abang Nara respek dengan wife tercinta sebab tenaga dia macam unlimited menguruskan hal rumahtangga.

1

nampak je tengah senyum tue. Dalam hati sapa tahu tengah stress fikirkan macam-macam benda

Satu hari yang mendung selepas menghantar anak ke sekolah, Abang Nara melihat wajah wife tercinta yang nampak agak stress. Dengan berhati-hati, Abang Nara pun bertanya:-

Advertisement

“Awak stress ke? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?”

Pucuk dicita ulam mendatang. Wife Abang Nara pun berkata:-

“Boleh tak awak tolong dengar luahan hati ini.? Saya nak cakap je beberapa benda yang telah menyebabkan diri ini stress”.

Maka dengan tenangnya Abang Nara mendengar luahan hati wife tercinta tentang beberapa perkara yang seringkali menyebabkan dirinya rasa stress. Antaranya ialah:-

1. Kain baju yang tak berlipat

2

Lepas dah ada 3 orang anak ini, jumlah baju di rumah memang bertambah banyak. Setiap hari baju akan dibasuh. Namun masalahnya ialah tak ada masa untuk melipat baju-baju ini. Stress wife Abang Nara bila tengok longgokan baju di atas katil yang dah tak berlipat berhari-hari. Bila tengah merajinkan diri untuk lipat baju je mesti anak-anak pun datang “menolong”. Akhirnya sampai ke sudah baju tak lipat-lipat.

2. Lantai tak sempat mop

Kebersihan lantai rumah amat dititikberatkan oleh isteri Abang Nara lebih-lebih lagi apabia anak ketiga kami iaitu Alara masih kuat merangkak. Bahaya kalau merangkak tapi lantai kotor. Jadi setiap pagi sebelum menghantar anak ke sekolah, wife akan cuba untuk mop lantai. Tapi biasalah kadangkala ada hari yang ter”miss”. Itu yang buat stress sebab makin senang untuk Alara jatuh sakit kerana lantai kotor.

3. Susah nak buang mekap di muka

3

mekap kena pakai untuk tambah kecantikan wajah agar suami sedap mata memandang

Perkara pertama yang wife Abang Nara akan lakukan apabila tiba di rumah selepas seharian di luar ialah masuk ke dalam bilik air dan buang mekap di wajahnya. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, masa minimum yang diambil olehnya adalah selama 5 minit. Kadangkala lebih lama sebab mekap tak tanggal-tanggal. Sekali sekala akan terdengar jeritan “adui susahnya la eh mekap nie melekat kuat sangat. Stress!!!”. Namun semenjak dua ini, jeritan tersebut sudah tidak kedengaran kerana wife Abang Nara menggunakan Garnier Micellar Water.

4

terima kasih Garnier Micellar Water kerana menghilangkan salah satu stress isteri saya

Garnier Micellar Water ini bebas alkohol,tidak perlu dibilas dan paling penting, sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif. Selain menanggalkan mekap dengan segera Garnier Micellar Water ini juga turut membersihkan dan menyegarkan wajah dengan hanya 1 sentuhan sahaja. Ini semua kerana teknologi “Micellar” yang dirumus khas oleh Garnier. Power sungguh!!

5

kagum Abang Nara dengan teknologi “Micellar” ini. Memang power rangers sungguh

Lagi power dan lagi best, Garnier Micellar Water ini dijual dengan harga dari RM9.90 sahaja di Hermo. Berbaloi sangat-sangat. Lepas itu boleh digunakan sebanyak 200 kali untuk Garnier Micellar Water botol 400ml. Maksudnya sekali guna hanya perlukan 2ml sahaja. Penjimatan yang abadi. Bukan wife Abang Nara je berpuas hati dengan keberkesanan produk terbaru Garnier ini, malah ratusan pengguna telah melahirkan rasa gembira mereka di media sosial. Cuba baca sikit komen diorang kat bawah nie.

6

Khas untuk pembaca Beautifulnara, Hermo Malaysia telah berbesar hati untuk menghadiahkan 10 botol Garnier Micellar Water untuk anda semua. Senang je caranya. Anda hanya perlu isikan borang dibawah ini dan 10 pembaca bertuah akan dihubungi oleh Abang Nara menerusi email. Kalau tak menang pun tak apa, anda boleh memiliki produk awesome in melalui Hermo Malaysia dalam masa 1 hingga 3 hari. Dari RM9.90 je harganya. Berbaloi sangat-sangat sebab dapat hilangkan salah satu stress yang sering melanda wanita. Tak gitu?

7

tak cuba tak tahu, dah cuba pasti puas hati

Maklumat lanjut tentang keawesomean Garnier Micellar Water ini bolehlah dibaca di Hermo Malaysia.

4. Tak dapat tidur yang secukupnya

8

Sehari kalau dapat tidur 6 jam memang cukup indah untuk wife Abang Nara. Tapi semua itu hanyalah impian semata-mata. Nak dapat “deep sleep” selama sejam pun payah. Sikit-sikit si Alara itu akan bangun menangis minta susu. Itu belum kira si Aariz dan Arissa yang tidur lambat. Pagi-pagi bangun muka dah macam zombi sebab tak cukup tidur. Stress!!!

5. Berat badan yang tak menurun

Memasak, basuh baju, lipat baju, jaga anak, tidurkan anak, hantar anak pergi sekolah, kemas rumah dan macam-macam lagi aktiviti harian yang dilakukan dengan harapan segala kalori dalam badan terbakar sekaligus menyebabkan berat badan berkurangan. Tup-tup bila timbang berat, tetap sama macam dulu. Aik!!! Penat dah penat dah, kalori macam banyak terbakar dah, kenapa berat tak turun-turun? Tak ke stress tue?

9

jadi laki jugak senang tak selalu stress sebab ada seorang isteri di sisi yang menguruskan segalanya. Syukur

Fuh!! Susah juga rupanya jadi wanita ini. Abang Nara sebenarnya nak tergelak juga bila wife senaraikan benda-benda di atas ini. Bagi lelaki memang nampak remeh. Namun untuk perempuan, ini adalah hal yang amat besar. Alhamdulillah lega dilahirkan jadi lelaki. Tak adalah nak stress sangat fikir 5 perkara di atas. Apa pula benda yang menyebabkan korang stress? Cuba share sikit kat ruangan komen di bawah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...