Anda Seorang Peniaga Online? 3 Tips Ini Wajib Anda Ketahui

Hiburan

Anda Seorang Peniaga Online? 3 Tips Ini Wajib Anda Ketahui

Perniagaan online di Malaysia sekarang ini boleh dikatakan sedang berkembang dengan pesat. Kalau korang layan Instagram dan Facebook artis-artis, memang penuh dengan komen “visit my IG”, “I ada jual produk ABC” dan macam-macam lagilah. Kadangkala sampai sakit mata memandang. Jumlah komen sampai beribu-ribu, tapi 90% tak ada kaitan dengan gambar yang dikongsikan oleh si artis, semuanya sibuk promote produk masing-masing. Awal Ashaari satu ketika dahulu pernah melahirkan rasa bengangnya dengan komen-komen sebegini.

bob

Advertisement

Selaku seorang yang dah berkecimpung dalam dunia online agak lama, izinkan Abang Nara berkongsi beberapa tips untuk anda yang mempunyai perniagaan online. Berniaga online ini memang senang sebab tak perlu bayar sewa kedai. Cuma perlu ada internet je. Namun untuk ke tahap yang seterusnya, kita kenalah bersikap profesional. Barulah kepercayaan pembeli akan semakin meningkat sekaligus memajukan lagi business kita. Ini beberapa tips dari Abang Nara:-

1. Ada domain laman web sendiri

Domain ini kalau nak diterangkan secara mudah adalah macam alamat rumah. Dengan ada domain yang catchy, mudah diingati dan unik, pembinaan jenama untuk perniagaan online kita akan menjadi semakin mudah. Contohnya domain yang sedap didengar (selain www.beautifulnara.com) adalah www.dherbs.com.my, www.edz.com.my, dan juga
www.radiusite.com.my. Kalau korang berniaga di Instagram dengan username yang super duper panjang, boleh juga beli domain dan redirectkannya ke akaun Instagram anda. Confirm nampak lebih profesional dan bergaya.
bob

2. Laman web yang mudah dilayari

Kalau dah ada domain, langkah seterusnya sudah tentu membina laman web milik perniagaan kita. Kesilapan yang seringkali dibuat ketika membina laman web ialah nak design yang kebabom, nak letak semua informasi sampai jadi serabut dan nak lengkap dengan sistem pembayaran yang akhirnya menyebabkan laman web tak siap-siap. Tak perlu susah-susah. Cukup ada beberapa informasi seperti produk terbaru, cara nak buat pembayaran, contact number dan juga testimonial. Design pula buat yang simple-simple je dan paling penting, mudah dilayari.

bob

FashionValet antara laman web yang perfect di mata Abang Nara

3. Alamat email professional

Bayangkan bila korang gunakan email “[email protected]” untuk berurusan dengan pembeli anda, tak ke nampak pelik dan tak profesional? Kelakar pun kelakar jugak kan? Bila dah ada domain dan laman web sendiri, boleh terus cipta alamat email berdasarkan nama domain anda. Selalu orang akan guna nama penuh@domain. Contohnya [email protected]. Confirm bila orang tengok dia akan cakap “pergh syarikat dia nie not bad jugak nie”. First impression tue yang penting tue.

Abang Nara rasa sebagai permulaan, 3 tips di atas cukup dah kot. Mungkin buat yang baru nak berniaga online akan rasa membazir untuk mengeluarkan wang untuk melakukan 3 perkara di atas. Mesti ada yang ingat nak buat semua tue mencecah ribuan ringgit kan? Adakah anda akan percaya kalau Abang Nara beritahu yang kos untuk lakukan semua ini sekaligus menampakkan perniagaan online anda lebih profesional adalah HANYA RM180 sahaja?
bob

Yes!!! Untuk mengalakkan lebih ramai peniaga SME membina laman web sendiri dan tampak lebih profesional di dunia online, MYNIC telah menyediakan pakej Business Online Bundle atau lebih dikenali sebagia BOB. Dengan hanya RM180, anda akan memperolehi 1 domain (.my/.com.my), 10GB profesional email, 5GB web hosting dan juga anti virus untuk menjamin keselamatan laman web anda. Berdasarkan pengalaman Abang Nara, kalau tak ada pakej BOB ini harga untuk dapatkan kesemua ini boleh mencecah RM500. Kiranya dah jimat dekat RM200 jugak.

bob

Nak lagi best, cuma perlu tambah RM100 je lagi untuk belajar tentang WordPress selama satu hari. Abang Nara memang galakkan korang belajar tentang WordPress ini sebabnya ia akan memudahkan lagi korang memantau laman web yang bakal dibina. Secara jujur, memang tak ada kursus WordPress semurah ini. Abang Nara dulu belajar sendiri makan masa 6 bulan juga untuk pandai WordPress. Jadi sila jangan lepaskan peluang ini.

bob

Kalau anda seorang peniaga SME dan mahu menceburi dunia online, silalah dapatkan pakej BOB daripada MYNIC ini. Kalau zaman Abang Nara ada menatang alah ini, memang confirm akan ambil punya. Maklumat lanjut sila layari www.bisnesonlinebundle.my. Selamat mencuba dan selamat tampak lebih profesional.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...