Sebelum ini, penyanyi Elyana mendedahkan dia dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi. Ubat khas tersebut dilaporkan mencecah harga RM50,000 untuk satu rawatan.
Menurut penyanyi lagu Kalis Rindu ini, dia sebenarnya segan untuk meminta-minta bantuan daripada orang ramai atas kesakitan yang dihidapinya akibat kanser limfoma sejak sekian lama.
Dia sangat terharu dan berbesar hati dengan usaha sesetengah pihak menghulurkan sumbangan selepas media menyiarkan berita mengenai kos rawatan itu.
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, Elyana mengingatkan mana-mana ejen insurans supaya tidak mengambil kesempatan di atas kesulitan yang dihadapinya.
Saya tidak izinkan sama sekali. Anda semua seperti tiada perasaan.
Dia juga tidak membenarkan ejen insurans menggunakan video dan gambarnya untuk sebarang tujuan tanpa meminta izin.
Terdahulu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal mendedahkan sel kanser limfoma yang dihidapinya sejak sepuluh tahun lalu telah menyerang beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan juga pangkal paha.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.