“Anda Semua Memang Dahsyat…” – Haqiem Stopa Buka Mulut Isu Keadaan Restoran Ayam Gepuk Dibiar Jijik Dan Loya

Kehidupan

“Anda Semua Memang Dahsyat…” – Haqiem Stopa Buka Mulut Isu Keadaan Restoran Ayam Gepuk Dibiar Jijik Dan Loya

Pempengaruh sensasi, Haqiem Stopa, tampil bersuara selepas namanya dikaitkan dengan penularan satu video yang memaparkan keadaan sebuah premis makanan didakwa berada dalam keadaan tidak bersih.

Menerusi hantaran di TikTok, Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu yang memuat naik video tersebut sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai perniagaannya.

Advertisement

haqiem stopa

“Awak semua memang dasyat. Masuk kedai yang dah terbiar lama, buat video dan kata macam-macam. Cepat sikit viralkan, saya dah tak sabar nak viralkan pula.”

Menurutnya, premis makanan miliknya yang terletak di Kuala Lumpur sebenarnya sudah lama tidak beroperasi.

“Untuk info, kedai di Kuala Lumpur dah lama tak beroperasi. Kami dah keluarkan barang lebih seminggu, sibuk dengan event.”

Haqiem turut memohon agar usaha yang sedang dibinanya tidak diganggu sehingga menimbulkan dakwaan serta persepsi negatif terhadap dirinya.

“Saya berniaga, ada nama walaupun tak besar. Alhamdullilah. Boleh tolong jangan ganggu proses saya jalani hidup saya sendiri macam hidup orang lain? Kalau tak boleh tengok saya usaha sehabis mampu, block la saya. Jangan tengok. Kalau itu membuatkan awak sakit hati, hilangkanlah saya dari pandangan awak.”

Bapa kepada seorang anak itu juga merayu agar diberikan ruang untuk meneruskan perjalanan mencari rezeki tanpa diganggu.

“Patutla Tutup, Kotor Nak Mamp*s!” – Tular Video Kedai Ayam Gepuk Milik Pempengaruh Didakwa Menjijikkan

“Saya cuma nak minta tolong jangan ganggu perjalanan saya yang diusahkan separuh mati ini.  Saya tahu penat lelah dan putus asa. Saya tak pernah ganggu proses hidup awak, malah saya lakukan yang terbaik.”

Terdahulu, seorang individu mendakwa sebuah kedai ayam gepuk milik pempengaruh berkenaan terpaksa ditutup susulan isu kebersihan. Selain itu, timbul juga dakwaan bahawa restoran tersebut tidak mempunyai kemudahan asas yang sesuai untuk menjalankan operasi penyediaan makanan di dapur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kedai ayam gepuk
2026-02-12 11:03:29

"Patutla Tutup, Kotor Nak Mamp*s!" - Tular Video Kedai Ayam Gepuk Milik Pempengaruh Didakwa Menjijikkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...