Tahun lalu, pelakon Fathia Latiff dihimpit dengan pelbagai kontroversi menyebabkan kehidupannya agak tunggang-langgang sehingga ada yang mengatakan dia mempunyai masalah mental.
Bersempena dengan tahun baru, Fathia berharap ia dapat memberi sinar baru untuknya terus berada dalam industri seni selain berazam untuk mengawal diri agar tidak terpalit dengan kontroversi lagi.
Katanya, dia kini sudah lebih matang dan tidak cepat melatah menghadapi segala kecaman netizen. Apa yang dilakukan tidak terlalu mengikut perasaan. Menurut Fathia, netizen yang mengecam dirinya pun bukanlah sempurna sangat.
Kalau mereka (netizen) boleh cakap, saya pun boleh cakap balik pada mereka juga. Anda (netizen) siapa sebenarnya, anda pun bukanlah sempurna sangat.
Saya boleh je bantai anda semula. Tak ada masalah pun sebenarnya. Tapi tak boleh keterlaluan dan melampaui batas juga.
Advertisement
Dalam pada itu, Fathia memberitahu dia menutup ruangan komen di akaun Instagramnya atas tujuan untuk mengawal dirinya dari merasa tertekan serta geram apabila ada kata-kata kurang menyenangkan di ruangan tersebut.
Baguslah kalau Fathia sudah mempunyai semangat serta azam yang kuat untuk berubah. Semoga Fathia akan lebih berjaya selepas ini.

Anonymous
January 23, 2020 at 4:35 pm
ingat Allah uji kita Sebb Allah syg kan kita bila di uji baru kita ingat Allah .. sebutir pasir di lautan pun tak terlepas dari ujian.. 1bulu roma kita pun takde henti nya tumbuh balik macam mana kita nak bersyukur dengan Allah … Abg Sya doctor pakar jantung .. orang sakit jantung sumbat pun hospital punya kos perubatan nya 55ribu urat seinci tu .. tu pun urat dri peha doctor pindah kan ke jantung.. tapi. Allah minta apa .. Allah nak tngok kesyukuran ummat terbaikkk .. insyaallah doa kan baik2 sangka baik untuk fatiha moga dapat hidayah.. kita sendiri pun tak lepas dari buat dosa jari kita tiap hari .. type sosial mengata orang ..mata kita nmpak aurat orang.. semoga Allah kuat kan iman kita smua … ???
Anonymous
January 23, 2020 at 3:25 pm
ACTUALLY FOND OF HER CTING IN ARIANAROSE-WEDDING BREAKER-SHE REALLY HAD A GD TALENT ACTING HOPE SOME PRODUCERS AND DIRECTOR TAKE HER BCK IN THEIR MOVIE OR DRAMAS,BEST CO-STAR KEITH FOO,HARAP HARAP ADA PROJEK BARU LAKUNAN MEREKA,GD LUCK
Anonymous
January 23, 2020 at 1:17 pm
bantai je le. orang gila mana mengaku gila ya dak, penagih dadah pun tidak mengaku penagih juga. bantai lah orang awak je yang bagus tentu emak bapa bangga ada anak sebagus awak anak contoh lah katakan
ezze
January 23, 2020 at 11:29 am
aku tebyg muka comel lawa dia dalam cte nur.jd kawan baek nur (tiz zakiyah).start dr tu aku sukaaaa gle tgk muka dia..dah la ckp lembut.pastu lawa gle.huhu.semoga ALLAH bukakan pintu hati awk utk kembali mcm dulu fatihia ;)
ko pun sape
January 23, 2020 at 10:46 am
eh lantak kau lah!! ko pun sape kt industri seni ni!! buat malu perangai je