Anda Mungkin Salah Seorang Daripadanya; 11 Petanda Yang Menunjukkan Anda Berkemungkinan Menghidap Kanser Kulit

Trending

Anda Mungkin Salah Seorang Daripadanya; 11 Petanda Yang Menunjukkan Anda Berkemungkinan Menghidap Kanser Kulit

Bagaimana untuk mengetahui sama ada anda menghidap penyakit kanser kulit? Pertama sekali apa yang kita perlu tahu adalah kanser kulit ini terbahagi kepada 3 jenis asas; Basal Cell Carcinoma (BCC), Melanoma, dan Squamous Cell Carcinoma (SCC).

Advertisement

BBC adalah merupakan bentuk asas kanser kulit yang selalunya terletak di kawasan yang selalu terdedah kepada cahaya matahari (leher, muka, tangan dan lengan). Melanoma pula adalah merujuk kepada tahi lalat dan merupakan bentuk kanser kulit yang paling berbahaya. SCC pula adalah bentuk yang menyerupai BCC, akan tetapi lebih kepada kanser yang dijumpai di dalam mulut, bibir dan sekitar alat kelamin.

Kebanyakan petanda bagi ketiga-tiga ini adalah bertindih – di mana ianya tidak “penting” kerana tidak kisah kategori mana anda, ianya tetap kanser kulit. Di bawah ini adalah 7 petanda “kecil” yang mungkin boleh membawa kepada masalah “besar” untuk bacaaan semua.

1. Tahi lalat yang bersaiz tidak sekata.

Cuba untuk potong tahi lalat anda kepada dua bahagian. Adakah kedua-dua belahnya sama? Tahi lalat yang tidak simetri adalah petanda yang tidak bagus.

2. Tahi lalat yang bergerigi dan tidak licin.

Tahi lalat yang normal selalunya dalam keadaan yang licin

3. Tahi lalat yang menjadi semakin gelap atau bertukar warna.

4. Size tahi lalat yang boleh dianggap besar.

Sebagai rujukan, saiz sebesar pemadam pensel. Kepada mereka yang bersaiz sedemikian, sila berikan perhatian.

5. Tahi lalat yang berdarah atau menyakitkan.

6. Jerawat yang tidak hilang pada bahagian yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.

Bintik jerawat selalunya akan timbul dan hilang setiap masa, namun bagi yang tidak hilang untuk lebih dari tempoh sebulan atau lebih, ia mungkin bukan jerawat.

7. Lebam pada bahagian kaki yang tidak sembuh-sembuh.

8. Pendedahan kepada HPV (Human PapillomaVirus).

Alat kelamin – yang selalunya kurang terdedah kepada cahaya matahari, ianya dapat dapat membangkitkan sel squamous dan membawa kepada kanser kulit apabila terdedah.

9. Sakit yang tidak sembuh-sembuh.

Kebanyakannya merujuk kepada masalah di dalam mulut (disebabkan oleh merokok). Jadi hindarlah dari merokok.

10. Gari-garis hitam di bawah kuku jari dan kaki.

Ianya juga dilaporkan boleh timbul pada jari kaki.

11. Kulit bersisik

Kanser kulit dan masalah kulit seperti kulit kering, psoriasis, ekzema adalah satu benda yang sangat berbeza. Selalunya bahagian kulit yang menghidapi kanser tidak akan berkesan walaupun disapu dengan produk krim kulit.

Meskipun petanda-petanda seperti ini tidak lah semestinya 100% benar, anda disarankan untuk pergi berunding dengan pakar kulit bagi memastikan yang kulit anda adalah betul-betul sihat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...