Berita gembira buat anda semua yang lahir pada bulan Januari. Kalau anda semua ingat lagi, FamilyMart pernah memberikan aiskrim percuma buat mereka yang lahir pada bulan Disember.
Kini giliran mereka yang lahir pada bulan Januari pula
Tetapi kali ini, ada kelainan sedikit. Buat mereka yang lahir pada bulan Januari, mereka berpeluang untuk mencuba perisa terbaru aiskrim FamilyMart iaitu perisa strawberi.
Bukan itu sahaja, perisa strawberi ini juga ditawarkan dalam bentuk minuman dan juga aiskrim sundae.
Jadi macam mana nak dapatkan aiskrim percuma ni?
Muat turun aplikasi FamilyMart di smartphone anda dan pastikan daftar sebagai ahli.
Pergi ke bahagian “rewards”, dan pastikan anda pilih birthday voucher. Dah habis tu, anda boleh tebus di mana-mana kaunter FamilyMart.
Kalau tak lahir bulan Januari boleh tebus ke?
Jika anda bukan seorang January baby, jangan risau, anda masih boleh mendapatkan aiskrim dengan harga RM2.90 sahaja. Masih berbaloi jika dibandingkan dengan aiskrim jenama lain.
Selamat mencuba!
PS: Promosi ini sah di semua FamilyMart di Malaysia kecuali di Genting Highlands dan KLIA2.