Anda Lahir Bulan Ogos? Jom Tebus Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds Percuma Sepanjang Bulan Ini!

Travel

Anda Lahir Bulan Ogos? Jom Tebus Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds Percuma Sepanjang Bulan Ini!

Berita baik buat anda yang lahir pada bulan Ogos kerana pusat percutian terkenal  negara iaitu Resort World Genting akan memberikan tiket percuma buat anda yang bertuah untuk berlibur di Taman Tema terbesar di Asia Tenggara, Genting Skyworlds.

Buat anda yang dilahirkan pada bulan kemerdekaan ini berpeluang untuk mendapat tiket percuma bagi tempoh lawatan sehari dan boleh dituntut di kaunter masuk.

Advertisement

Bawa ahli keluarga dan sahabat handai anda bagi menikmati keseronokan di taman tema yang menampilkan pelbagai tarikan seperti ‘roller-coaster’ dan permainan air, di dalam 9 dunia yang diinspirasikan daripada filem.

Tawaran hebat ini diadakan sehingga hujung bulan Ogos dan diberikan kepada 57 pelanggan terawal pada setiap hari.

Genting tiket percumaSumber : Instagram  

 

Genting skyworldSumber : Instagram  

Jangan lupa untuk bawa kad pengenalan bagi urusan pengambilan tiket percuma. Hanya untuk yang lahir pada bulan Ogos saja okay!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

keretapi ke hatyai
2 years ago

Tak Sabar Nak Makan 'Thai Food'? Kereta Api Dari Padang Besar Ke Hatyai Kini Dibuka!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Says.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...