Anda Hanya Perlu Tidur 8 Jam Sehari Dan Syarikat Tilam Ini Akan Bayar Anda Sebanyak RM3,000

Trending

Anda Hanya Perlu Tidur 8 Jam Sehari Dan Syarikat Tilam Ini Akan Bayar Anda Sebanyak RM3,000

Buat mereka yang ‘kaki tidur’ ini lah masanya untuk anda mencuba nasib menjadikan hobi anda itu sebagai kerjaya anda. Mungkin bunyinya sangat tidak masuk akal tetapi itu lah kriteria yang dicari oleh syarikat tilam tempatan ini.

Anda hanya perlu tidur selama 8 jam sehari untuk melayakkan anda menjadi ‘Sleep Executive’ yang dicari oleh mereka. Baru-baru ini, syarikat Sonno mengumumkan sedang mencari calon yang layak untuk mengisi jawatan kosong tersebut.

Advertisement

Mereka yang berjaya memohon akan diminta untuk tidur selama 8 jam setiap hari selama 100 malam berturut-turut. Anda hanya perlu merasai pengalaman tidur di atas tilam Sonno dan merekodkan pengalaman anda sepanjang tempoh tersebut.

Apa yang menariknya, anda juga akan diberikan gaji sebanyak RM3,000 sebaik sahaja selesai misi tidur tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sonno ? (@sleepsonno) on

Selain daripada wang tersebut, anda juga akan diberikan sebuah tilam Sonno Lite dan bantal Sonno terbaru untuk dibawa pulang. Calon yang layak akan memulakan pekerjaan ini bermula 1 September 2020 sehingga 10 Disember 2020. Anda juga perlu memuatnaik video berdurasi 30 saat ke laman sosial anda mengenai pengalaman tidur anda itu.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian sehingga 31 Julai ini di laman sesawang ini. Anda hanya perlu isi butiran peribadi anda dan jelaskan mengapa anda adalah calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan tersebut. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Artikel berkaitan: Syarikat Ini Mencari Pekerja Dengan Skop Tugas Hanya Perlu Tidur Sahaja Untuk Gaji RM100,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...