Anda Gemar Minum Kopi? Ini Fakta Yang Mungkin Anda Baru Tahu..

Trending

Anda Gemar Minum Kopi? Ini Fakta Yang Mungkin Anda Baru Tahu..

Kopi boleh dikatakan sebagai antara minuman kegemaran rakyat Malaysia. Tak kisah kopi panas atau sejuk, pasti sentiasa boleh membuatkan kita berasa nyaman ketika minum.

Advertisement

Adakah korang juga gemar minum kopi seperti admin?

Ini fakta yang mungkin anda baru tahu mengenai kopi. Jom baca..

1. Kopi Boleh Kuruskan Badan?

Tahukah anda bahawa konsumsi yang ada dalam kandungan kopi boleh meningkatkan metabolisme seseorang dari 3% hingga 11%!. Ada kajian yang membuktikan terdapat bahan kimia di dalam kopi yang mengandungi kekuatan untuk membantu pembakaran lemak! Bukan sahaja lazat untuk diminum, kopi turut membantu pembakaran lemak. Kopi oh kopi!

2. Secawan Kopi Lebih Mahal Dari Harga Satu Liter Petrol?

Rakyat Malaysia memang sensitif dengan harga dan kita sering membuat pilihan melalui nilai yang kita terima dari sesuatu produk yang kita beli. Ramai sanggup membayar harga yang mahal untuk secawan kopi di kedai kopi ternama seluruh negara! Tapi setiap kali 1 hb dan harga minyak naik, masih ramai yang beratur di stesen minyak untuk mengisi tanki minyak penuh!

4. Iklim Cerah Dan Panas

Pokok kopi hidup dalam cuaca yang cerah dan panas. Rupa-rupanya pokok kopi hanya tumbuh pada kawasan yang dikenali sebagai “The Coffee Belt”. Kawasan ini merupakan zon khatulistiwa paling sesuai untuk pertumbuhan pokok kopi. Pokok kopi memerlukan kandungan cahaya matahari dan kehangatan yang tinggi sama seperti cuaca semasa percutian musim panas!

5. Kesan Yang Segera

Kafein hanya perlukan 10 minit untuk bertindak. Kajian terbaru daripada Universiti Barcelona menunjukkan bahawa kecergasan mula meningkat dalam 10 minit, sementara kafein memerlukan 45 minit untuk mencapai kepekatan maksimum di dalam badan. Wow!

6. Jaga Pemakanan Dengan Betul

Mengenalpasti makanan yang paling padan dengan kopi anda (atau sebaliknya) sedikit memerlukan kemahiran. Tip hidangan manis akan menjadikan kopi anda terasa pahit manakala hidangan berasa buah akan menyebabkan kopi anda terasa lebih manis. Cuba jangan mengambil makanan berempah atau makanan dengan perisa kuat sebelum meminum kopi.

Ini membawa kita ke fakta terakhir, iaitu cara-cara unik rakyat Malaysia mengambil kopi mereka.

10 Cara Menikmati Kopi

Senarai ini bermula dengan cara yang paling popular hingga kopi yang dibancuh dengan susu pekat.

– Bukan peminat minuman manis? Maka anda patut memesan Kopi ‘Min-Tim’ lain kali apabila anda berada di kedai kopi – Kopi kurang manis!

– Bagi mereka yang inginkan dos kafein yang lebih tinggi, cubalah ‘Cham’ yang disedia menggunakan kopi, teh dan susu pekat

– Kopi-C merupakan gabungan kopi, susu sejat dan gula

– Tidak mahukan gula? Pesanlah Kopi-C-Kosong – ia hanya mengandungi kopi dan susu sejat

– Bagi mereka yang agak mementingkan kesihatan, anda mungkin boleh memilih Kopi-O. Ia hanya mengandungi kopi dan gula. Anda juga boleh meminta gula dikurangkan.

– Jika anda berdiet, Kopi-O-Kosong sesuai untuk anda. Hanya kopi tanpa sebarang gula!

– Ini mungking susah untuk disebut – ‘Kopi-Yin-Yong-Lai’ merupakan kopi yang dibancuh dengan sedikit susu pekat dan susu sejat

– Jika anda memerlukan minuman perangsang yang lebih berkesan, ‘Kopi-Gao’ adalah pilihan anda! Kopi yang pekat dan susu pekat akan memberikan anda tenaga untuk sepanjang hari

– Anda boleh memesan ‘Kopi-Peng’ pada hari yang panas kerana ia adalah kopi dan susu pekat yang ditambah dengan ais. Minta lebih ais jika ia hari yang amat panas!

Banyak cara sebenarnya untuk menikmati kopi! Sementara boleh menikmati minuman ini apabila tiada kekangan masa, anda juga ada pilihan lain jika kekurangan masa.

Oleh kerana air kopi antara yang paling digemari oleh pengunjung mamak di Malaysia, NESCAFÉ® Tarik turut mempunyai rasa kopi berkrim dan manis yang tersendiri. Ini memberi nikmat kepada peminum kopi. NESCAFÉ® Tarik kini boleh didapati dalam tin sedia minum yang anda boleh nikmati bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

Anda boleh dapatkan satu tin NESCAFÉ® Tarik dan nikmati rasa kopi yang sedap lagi harum yang diadun dengan susu pekat untuk kemanisan secukup rasa dan ditarik seperti mana yang anda sukai.

Dengan harga yang sangat berpatutan, NESCAFÉ® Tarik adalah minuman ideal bagi mereka yang sibuk. Kini, semua orang dapat menikmati kopi pada bila-bila masa dan di mana jua. Semua orang boleh #TarikManaMana!

Jangan teragak-agak untuk berkongsi gambar keterujaan anda minum NESCAFÉ® Tarik di mana jua dan bila-bila masa. Hanya gunakan hashtag #TarikManaMana dan mencerahkan lagi peluang anda untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dari NESCAFÉ®!

Nescafe Tarik satu!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...