Anda Dilarang Makan 5 Makanan Ini Sebelum Pergi Kerja, Buatkan Anda Lemau & Malas!

Trending

Anda Dilarang Makan 5 Makanan Ini Sebelum Pergi Kerja, Buatkan Anda Lemau & Malas!

bored-at-workSepatutnya di pejabat kita perlu sentiasa kekal aktif, melainkan kalau anda tak cukup tidur. Bagaimana pula jika dah dapatkan tidur yang cukup, tapi anda tetap rasa malas dan lemau di pejabat?

Mungkin ada kaitan dengan makanan yang anda ambil. Kena siasat!

Advertisement

1. Kudap kudapan

Ramai yang suka ambil kudap kudapan seperti keropok dan kacang ketika di pejabat. Tahukah anda kandungan garam yang tinggi buatkan anda jadi lemau, lemas dan tak boleh fokus.

2. Makanan segera

Ada yang suka makan makanan segera di pejabat. Sebab boleh telefon untuk penghantaran dan makan di depan komputer je. Kandungan minyak dan garam buatkan anda jadi lemas. Elakkan.

3. Gula-gula

Memang makan gula-gula buatkan anda tetap segar sewaktu bekerja. Tapi, sebenarnya kandungan gula yang tinggi buat anda lagi mengantuk.

4. Minuman bertenaga

Nama je minuman bertenaga. Anda hanya boleh bertahan tak sampai satu jam, lepas tu rasa mengantuk muncul kembali. Ini kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang tinggi.

5. Pisang

Pisang buah yang sangat bagus untuk tubuh, tapi jangan makan sewaktu bekerja. Ini kerana pisang buatkan anda mengantuk. Kandungan magnesium dan potassium buatkan tubuh anda jadi rileks dan jadi mengantuk.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.