Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Anda Boleh Unfollow Saya..” Sarah Hildebrand Tak Paksa Peminat Ikuti Dirinya Di Media Sosial Berikutan Isu Buka Tudung

Pelakon Sarah Hildebrand menitipkan pesanan buat peminat yang tidak dapat menghormati pendiriannya untuk membuka tudung setelah lima tahun berhijab.

Menurut Sarah, dia tidak mahu memaksa sesiapa untuk menyukainya meskipun telah memilih jalan hidupnya seperti kini. Dia turut memberi cadangan supaya mana-mana individu yang sudah tidak meminati dirinya untuk berhenti mengikuti perkembangan hidupnya di Instagram.

Advertisement

Menyampaikan pesanan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, Sarah menulis panjang lebar agar peminat menghormati keputusan hidupnya.

“Jika anda tak suka dengan cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita tak sependapat dan hormat-menghormati. Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda boleh tekan butang unfollow..”

Meskipun begitu, isteri kepada Otto Gillen itu turut meminta pengikutnya supaya sentiasa menyebarkan perkara positif dan menjauhi kebencian.

Mengimbas kembali, Sarah Hildebrand telah mengambil keputusan untuk tidak berhijab pada Oktober lalu selepas hampir 5 tahun memakai tudung.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Jue

    November 23, 2020 at 4:45 pm

    Jauh lg cantik ms bertudung dulu. Skrg dh mcm xde seri . Mamat tu pun x semenggah nye lah…..eeew

  2. Anonymous

    November 16, 2020 at 1:13 am

    Kau memang POYO…..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama