Anda Boleh Semak Senarai Rekod Pesalah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 1 April

Trending

Anda Boleh Semak Senarai Rekod Pesalah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Bermula 1 April

Akhirnya, setelah sekian lama menanti, rakyat Malaysia kini boleh menyemak senarai rekod pesalah jenayah seksual kanak-kanak bermula 1 April ini. Turut dikenali sebagai “paedophiles”,  selama ini penjenayah-penjenayah yang memangsakan kanak-kanak ini bebas bergerak tanpa boleh dilakukan sebarang pengesahan. Sebagai permulaan, sebanyak 3,000 nama telah dimasukkan ke dalam Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak ini dan ia akan ditambah dari masa ke masa.
semakan rekod
Iniasitif ini adalah atas usaha keras Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dikepalai oleh Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh. Senarai nama ini pasti memudahkan ibu bapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan pengasuh kanak-kanak, pihak tadika/pusat penjagaan kanak-kanak yang ingin menyiasat latar belakang pemohon kerja dan sebagainya.

Untuk makluman, semakan ini boleh dilakukan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan daerah dengan memberikan nombor kad pengenalan atau pasport milik individu tersebut. Keputusan semakan di JKM negeri adalah serta merta sementara untuk JKM daerah mengambil masa 5 hari bekerja.
semakan rekod
Ini adalah satu berita baik untuk kesemua rakyat Malaysia. Apa yang lebih menggembirakan ialah ini adalah fasa pertama sistem semakan. Untuk fasa kedua dan seterusnya, pelbagai penambahbaikan dan undang-undang yang lebih ketat akan dilaksanakan. Tahniah Malaysia.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...