Anda Boleh Menggunakan Lesen Malaysia Untuk Memandu di 5 Negara Ini

Travel

Anda Boleh Menggunakan Lesen Malaysia Untuk Memandu di 5 Negara Ini

Melancong ke luar negara memang menjadi idaman semua. Lagi-lagi bagi anda yang gemarkan sesuatu yang ‘adventure’, memandu sendiri ketika melancong di luar negara pasti termasuk dalam ‘bucket list’ kan?

Tapi mungkin ramai merasakan perkara ini agak leceh kerana anda perlu memohon lesen memandu antarabangsa (IDP) terlebih dahulu sebelum memandu di luar negara dan memerlukan kos tambahan untuk itu.

Advertisement

Sebenarnya anda tidak perlu risau, masih ada negara dimana anda tidak perlu memohon IDL untuk memandu di sana. Menariknya!

Pengikut perjanjian yang dipersetujui pada Convention On Road Traffic Done At Geneva 1949, rakyat dari negara-negara tersebut layak menggunakan lesen asal negara mereka ketika memandu di negara anggota yang lain.

Berikut merupakan antara senarai negara-negara di mana lesen memandu Malaysia sah digunakan di sana.

AUSTRALIA

Sumber: News.com.au

Lesen memandu Malaysia sah di Australia jika anda pemegang visa sementara. Tetapi jika anda pemegang visa permanent residence (PR), anda hanya boleh memandu menggunakan lesen Malaysia untuk tempoh 3 bulan sahaja selepas itu anda perlu memohon lesen memandu Australia. Paling menarik di Australia, pemanduan juga di sebelah kanan samaspeti di Malaysia!

NEW ZEALAND

Sumber: New Zealand Sky

Bercuti di New Zealand pasti lagi menarik jika anda memandu sendiri. Seperti di Autralia, anda juga akan lebih selesa kerana pemanduan juga di sebelah kanan. Selain itu, pemandu mestilah berumur 21 tahun ke atas dan perlindungan insurans untuk berumur 25 tahun ke atas.

SINGAPURA

Sumber: RunSociety

Jika anda ingin merasa pengalaman memandu ke Singapura, anda boleh menggunakan kenderaan sendiri & lesen sah Malaysia. Tip paling penting ialah memiliki Auto Pass yang berfungsi sebagai vehicle Entry Permit (VEP). Satu Auto Pass hanya ekslusif untuk satu kenderaan sahaja dan boleh di beli di Land Transport Authority (LTA) yang berapa di pintu masuk mana-mana checkpoint ke Singapura.

THAILAND

Sumber: Patayyaone

Sama seperti Singapura, memandu di Thailand juga mudah kerana anda boleh menggunakan kenderaan sendiri dengan lesen memandu Malaysia. Anda perlu membawa geran kenderaan dan mereka hanya menerima yang ASAL sahaja. Insurans kenderaan atau Compulsory Motor Insurance adalah wajib bagi semua kenderaan yang hendak memasuki Thailand. Anda boleh memohon insurans pihak ketiga untuk perlindungan kenderaan anda di sempadan pintu masuk Malaysia-Thailand.

NEGARA EROPAH

Sumber:Noavg

Lesen memandu Malaysia boleh digunakan untuk menyewa kereta di negara-negara Eropah seperti Itali, Perancis, Switzerland, Austria, United Kingdom (UK) dan banyak lagi. Tapi perlu di ingat, pemanduan di Eropah adalah sebelah kiri (gear di sebelah kanan) kecuali di UK, jadi anda mungkin akan kekok ketika awal pemanduan.

Rasa teruja ingin memandu sendiri ketika melancong? Tapi perkara paling penting perlu anda ingat ialah patuhi semua peraturan jalan raya di setiap negara yang anda kunjungi. Jangan lupa bagi signal!

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...