Lenovo Kini Tawarkan i11, Model Smartphone Serupa Dengan iPhone 11 pada Harga RM230

Teknologi

Lenovo Kini Tawarkan i11, Model Smartphone Serupa Dengan iPhone 11 pada Harga RM230

Setiap kali Apple melancarkan model terbaru iPhone, pastinya jenama-jenama lain akan berpusu-pusu meniru inovasi yang dilakukan oleh jenama ini. Model terbaru iPhone 11 yang dikeluarkan pada September lalu berjaya mencetuskan satu fenomena dengan inovasi tiga kamera pada model itu.

Baca: Apple Event 2019: Tiga Model iPhone 11 Diperkenalkan Dengan Tambahan iPad 2019 Dan Watch Series 5

Advertisement

Terbaru, model Lenovo i11 yang sudah berada di pasaran ini menampilkan rekaan mirip seakan-akan iPhone 11 Pro. Jika diimbas sekali lalu, pasti ramai yang menyangka ini merupakan produk Apple. Bukan sahaja mempunyai bentuk yang sama malah susunan kamera di bahagian belakang juga mirip iPhone 11 Pro.

 

Model Lenovo i11 didatangkan dengan saiz skrin 6.1 inci dan turut menyokong pengimbas muka FaceID seperti iPhone 11. Turut hadir dengan RAM 4GB, ruang storan seluas 32GB dan bateri 2,000 mAh. Manakala bahagian kamera di hadapan dan  belakang masing-masing hadir dengan sensor 8-megapixel.

Walaupun Lenovo i11 bukanlah dikeluarkan oleh jenama rasmi Lenovo sebaliknya hanyalah model klon tetapi spesifikasi dan rekabentuk yang ditawarkan tidak kurang hebatnya. Memang model ini dilihat sebagai cubaan dengan rekaan yang sangat mirip dengan iPhone 11 keluaran Apple.

Menariknya, harga yang ditawarkan untuk Lenovo i11 juga cukup jauh berbeza kerana anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM230-RM245 sahaja! Untuk mereka yang ingin mendapatkan iPhone 11 dengan harga yang lebih rendah, boleh cuba dapatkan Lenovo i11 jika anda rasakan ianya berbaloi.

Sebelum ini, khabar angin Apple bakal melancarkan enam model iPhone 12 tahun ini berjaya membuatkan pengguna iPhone 11 tidak senang duduk dibuatnya. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Apple Bakal Lancarkan Enam Model Terbaru iPhone 12 Pada Tahun Hadapan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...