Anda Berkulit Gelap? 5 Sebab Ini Buat Anda Rasa Bangga, Jangan Malu!

Trending

Anda Berkulit Gelap? 5 Sebab Ini Buat Anda Rasa Bangga, Jangan Malu!

gfdgdf

Sekarang ni terlalu ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan perempuan berlumba-lumba nak menjadi putih atas kerana bila kulit warna putih maka kecantikan lebih menyerlah.

Bukan itu sahaja malah siap ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengambil sesetengah produk,rawatan muka dan sebagainya semata-mata ingin memiliki wajah yang putih.

Advertisement

Jadi admin ingin kongsikan kepada wanita yang berkulit gelap bahawa korang tak perlu rasa malu kerana ada 5 sebab yang patut korang rasa bangga..

1. TERHINDAR DARI RISIKO KANSER KULIT
Mereka yang berkulit cerah lebih cenderung untuk terkena kanser kulit berbanding mereka yang berkulit gelap. Di sebabkan itu ramai la omputih sibuk nak tanning kulit.

2. LAMBAT BERKEDUT
Ini salah satu kelebihan. Kajian membuktikan, serat kolagen dalam kulit warna gelap lebih tebal dan lebih banyak berbanding dengan kulit putih yang memiliki serat kolagen lebih nipis.

3. TAHAN SINARAN ULTRAVIOLET
Mereka yang kulit gelap mempunyai tahap melanin yang tinggi. Melanin berfungsi untuk melindungi epidermis dan dermis dari bahaya sinaran ultraviolet. Memang orang gelap tak takut panas.

4. WARNA KULIT YANG LEBIH HANGAT
Setiap orang mempunnyai jumlah sel-sel melanosit yang sama, mereka yang berkulit gelap mempunyai melanosit yang mampu menghasilkan melanin dalam jumlah banyak. Peningkatan melanin inilah yang menjadikan warna kulit yang lebih hangat.

5. MENGHALANG RADIKAL BEBAS
Radikal bebas akan menyebabkan kerosakan sel-sel kulit. Melanin berperanan mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Melanin juga berfungsi untuk menjaga kelembaban kulit dan elak dari kekeringan serta pecah-pecah.

Tak perlu rasa segan jika warna kulit anda warna gelap. Tak perlu menghabiskan ribuan ringgit semata-mata nak putih. Hitam manis pun ok kan. Sweet je!

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...