Kebiasaan filem-filem aksi dari negara Jepun, pasti akan menunjukkan ketua kongsi gelap yang paling digeruni adalah dari kumpulan Yakuza. Gelaran itu sememang wujud di negara itu apabila ketua Yakuza dilaporkan telah dijatuhkan hukuman mati oleh hakim mahkamah tempatan Jepun.
Satoru Nomura, 74 tahun adalah ketua Yakuza “Kudo-kai” di barat daya Jepun. Dia dijatuhkan hukuman itu atas pertuduhan menyebabkan kematian tiga orang awam. Satoru bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan mengeluarkan arahan membunuh tiga orang awam terbabit.
“Saya meminta keputusan yang adil. anda akan menyesal seumur hidup.” – Katanya sebaik sahaja hukuman dihatuhkan.
Satoru merasakan ia tidak adil kerana pihak mahkamah tetap membuat keputusan dia bersalah walaupun tidak cukup bukti untuk mengaitkan dirinya. Selain Satoru, orang kuat Yakuza, Fumio Tanoue turut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Semua kejadian ini diketuai Satoru
Berdasarkan laporan ABC, Satoru didapati bersalah kerana memberi arahan untuk membunuh seorang ketua koperasi nelayan pada tahun 1998. Pada tahun 2013 dan 2014 juga telah berlaku satu serangan hingga membunuh seorang individu dan jururawat melibatkan dirinya.
Seorang anggota polis juga dilaporkan hampir terbunuh ketika sedang menyiasat kegiatan haram mereka yang juga di bawah arahan Satoru.
Kumpula Yakuza ini boleh dikatakan berada di setiap pelusuk wilayah negara itu. Keberadaan mereka sememangnya jelas dan boleh dilihat pihak polis. Cuma bila perkara yang dilakukan mereka jelas bersalah, barulah tindakan akan diambil.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara