Written by AbangNara | August 30th, 2018

31 Ogos ini, negara kita Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 61. Fuh!!! Menjadi seorang rakyat Malaysia adalah satu kebanggaan dengan pelbagai kaum serta bangsa, makanan yang unik, bahasa yang berbeza dan budaya yang tidak akan dijumpai di negara-negara lain.

image

Namun macam mana nak tahu bahawa diri kita adalah seorang rakyat Malaysia sejati? Jeng, jeng, jeng. Abang Nara senaraikan beberapa ciri yang confirm seorang rakyat Malaysia pernah/telah/akan lakukan. Kalau korang ada kesemua ciri-ciri nie, memang korang adalah “a true Malaysian”. Silalah check!!!

1. Lintas jalan pakai tangan je

image

Tiada mana-mana kereta yang tidak akan berhenti apabila anda melintas jalan sambil mengangkat tangan anda. Inilah “power of the hand” yang hanya dimiliki oleh rakyat Malaysia. Tak payah susah-susah nak cari “zebra line” (kengkadang “zebra line” pun tak ada”. Hehehe

2. Sarapan pagi mesti nasi lemak/roti canai dan teh tarik

image

Tak “Malaysian”lah pagi anda sekiranya tidak dimulakan dengan sarapan nasi lemak atau roti canai bersama teh tarik. Fuh!!! Kelazatannya memang tak terkata. Masuk-masuk ofis terus mengantuk dibuatnya. Hahaha.

3. Semua orang pun “bro” dan “sis”

image

Untuk pengetahuan anda, seluruh rakyat Malaysia adalah adik beradik. Walaupun tidak sama emak, tidak sama ayah, kita akan memanggil rakyat Malaysia yang lain dengan panggilan “bro”, “sis”, “akak” dan “abang”. Paling ultimate sekali mamak pula kita “boss”kan dia. Fuh. Memang terlebih mesra rakyat Malaysia nie.

4. Durian salah satu buah-buahan kegemaran anda

image

Musim durian setiap tahun sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Masa inilah semua orang akan berhenti tepi jalan untuk makan durian. Melayu ke, India ke, Cina ke, semuanya gilakan durian. Semuanya bersatu hati demi durian, lebih-lebih kalau Musang King tengah murah. Yeah!!!

5. 30 minit lambat tue perkara biasa

image

Sekiranya anda ada temujanji dan kawan anda berkata “aku tengah on the way nie”, maka anda akan terus faham bahawa kawan tersebut baru nak mandi. Lewat 10 minit biasa, lewat 30 minit pun biasa jugak, lewat 1 jam, memang boleh putus kawan dibuatnya!!!

6. Sanggup drive jauh-jauh untuk cari makanan best

image

7. Anda gila join “contest”

image

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kegilaan masuk “contest”. Sebab itulah kat Malaysia tiap-tiap bulan mesti ada contest yang best-best. Orang kata cuba nasib, untung-untung menang dapat hadiah FREE. Terbaru, Digi sekarang tengah menganjurkan contest “MyDigilah Contest” yang amat mudah, senang dan sempoi untuk rakyat Malaysia semua join bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 61 ini.

image

First thing first untuk anda sertai “MyDigilah contest” ini, anda harus memuatturun applikasi MyDigi di smartphone anda. Selepas itu, bermula 27 Ogos sehingga 9 September ini, gambar “MyDigilah” akan dipaparkan secara rawak di applikasi tersebut. Tugasan anda ialah mengira berapa banyak gambar “MyDigilah” yang anda jumpa dan tuliskan jawapan anda. Senang gila kan?

Untitled-1

61,000 rakyat Malaysia terawal yang memberikan jawapan yang tepat/paling hampir akan dapat memenangi voucher ISTIMEWA daripada Digi. Paling best, kita boleh hantar seberapa banyak jawapan sepanjang contest ini berlangsung.

Namun hanya satu hadiah sahaja yang boleh dimenangi. Memang teramat senang kan “MyDigilah Contest” nie? Memang rugi kalau anda tak cuba. Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin bersama Digi. Amboi Amboi Amboi!!! Maklumat lanjut layari laman rasmi Digi.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 responses to Anda Adalah Seorang Rakyat Malaysia Sekiranya…

  1. CPS says:

    Ya Allah, tak ada satu pun aku dalam list tu. Aku orang German ke maca mana ni?

    2

    0
  2. wekkkkkkk says:

    No .6 tu..org bodoh/bingai je cari makanan sampai jauh ke penang jika pemanduan bermula di Jln Duta, Kay..Ell.
    ..kebetulan ada hal x pe le..

    0

    1
  3. Tk says:

    No; 5.
    Aku offended kalau orang buat appointment dan remind aku”you come 9am sharp not Malaysian time!! I always answer “what Malaysian time? Hello! zaman dan pemikiran dah berubah. Kian ramai Rakyat Malaysia yang punctual., tepati janji. Kawan2 aku tahu sangat. Kalau janji dg aku kena punctual!!

    4

    0
  4. Wekkkkkkk says:

    Aku rindu sewaktu usia ku belasan tahun.
    Waktu tu ayah aku selalu bawa ke dusun durian di kpg gajah perak tahun 80an. Bila musim tiba..maka terbinalh pondok smentara.
    Ada durian kuning kulitnya kuning..isi pun kuning..ada 8 btg pokok. Bila berbuah..masaaAllah..byknya..setiap dahan.

    Ada 4th btg pokok durian lgi sebesar 3 org pemelok bsrnya…wah..sedap sgt..isi tebal..kelat..dn buahnya tak bulat..henyot2..tpi isi..musang kinglh tu.
    Time tu bkn di pggil musang king..pggil durian tembga. Berbakul2 aku kumpulkn.
    Bila aku free tunggu buah gugur..aku duduk di redang..tmn kn mak buat atap nipah.
    Ataupun ambil buah kundang..atau cari pucuk paku. Klau nk citer x habis.
    Semua tu dh x ada..felcra dh pajak tnm klpa sawit.
    Ahahah…byk nya kisah lampau yg msih segar di ingatan.
    Bkn mcm budak2 skrg..handpone lah peneman.

    0

    0
  5. antigay says:

    eeei,bro,mcm gay je

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Orang rabun pakai spek 3inci tebal je buat benda bodoh semua nie.nak2 yg no 6 tu.jadahnya.

    0

    0

Leave a Comment

Optional